PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua jabatan dan ketua unit dalam perkhidmatan awam.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata mekanisme pelaporan itu perlu diperhalusi kerana ia melibatkan banyak peringkat dalam sesuatu jabatan.
"Bila bercakap tentang pelaporan ini, bukan saja ketua jabatan tetapi melibatkan juga penyelia. Penyelia ada banyak peringkat, contohnya seorang pegawai daripada kumpulan sokongan, dia ada penyelianya.. jadi mekanisme ni perlu ada dari segi pelaporannya kepada pihak atasan atau SPRM," katanya kepada media ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku 'The Sin of Corruption: A Religious Perspective' di sini hari ini.
Beliau berkata di bawah Seksyen 25 Akta SPRM adalah menjadi kewajipan untuk melaporkan perbuatan rasuah kepada pihaknya, malah perbuatan tidak melaporkan sebarang rasuah yang ditawarkan kepada anda sendiri, atau mana-mana pegawai awam juga adalah kesalahan, dan ia boleh menjadi kesalahan jenayah.
"..sehingga boleh menyebabkan boleh dibuang kerja sekiranya didapati bersalah. Itu undang-undang, tetapi dalam rancangan kami sekarang ini, kita perlu berbincang dulu dengan JPA dan KSN (mekanisme pelaporan)," katanya.
Isnin lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri berkata tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku penjawat awam di bawahnya seliannya yang tidak dilaporkan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau mahu satu ketetapan mengenai aspek kenaikan pangkat itu dibuat pada minggu hadapan dengan kaedahnya dijangka diumumkan oleh Mohd Zuki dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Sementara itu Azam berkata pihaknya menyambut baik saranan Anwar yang mahukan supaya ketua-ketua jabatan yang tidak melaporkan rasuah atau salah laku yang berlaku di bawah seliaannya, dikenakan tindakan.
"Ini adalah akauntabiliti kepada semua ketua-ketua jabatan dan juga pihak atasan kerana perkara tentang melaporkan perbuatan rasuah pegawai-pegawai di bawah kakitangan ini memang kena tempatnya untuk mereka supervise dan laporkan kepada peringkat atas dan juga SPRM, kerana jika ia tidak diambil berat perkara ini ia akan menyebabkan keruntuhan dalam perkhidmatan awam.
"Jadi untuk SPRM setakat ini kita menyambut baik saranan ini dan kita akan berbincang dahulu dengan pihak perkhidmatan awam dan KSN untuk lihat mengenai kaedah atau mekanisme pelaporan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Azam ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Buku "The Sin of Corruption - A Religious Perspective" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.