KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini.

Turut hadir bekas KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Mohd Zuki yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos.

-- BERNAMA