KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah dan Sarawak meningkat kepada 8,882 orang setakat jam 5 pagi, pada Jumaat.

Menurut Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia melibatkan 2,657 keluarga yang ditempatkan di 111 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Johor menjadi negeri paling teruk terjejas dengan keseluruhan 7,324 mangsa daripada 2,221 keluarga di lima daerah.

Johor Bahru mencatatkan mangsa tertinggi dengan Johor Bahru orang yang ditempatkan di 27 PPS.

Ini diikuti Kota Tinggi dengan 1,762 mangsa, Kluang (1,232), Kulai (1,152) dan Pontian 734 mangsa.

Di Sabah, seramai 1,193 mangsa banjir daripada 369 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS yang dibuka di lima daerah.

Antara daerah terjejas termasuk Kota Marudu dengan 912 mangsa, Sandakan (132), Beluran (92), Paitan (46) dan Matunggong 11 mangsa.

Sarawak pula merekodkan 69 mangsa daripada 20 keluarga yang ditempatkan di dua PPS yang dibuka di daerah Kapit.