Menurut kenyataan itu, seramai 374 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, manakala 44 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.
"Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir di Beaufort dan pemindahan mangsa pagi ini meningkat," kata kenyataan itu.
Sementara itu, daerah Membakut dilanda banjir pada pagi ini dengan PPS Dewan Kesenian Islam Membakut telah dibuka untuk pemindahan mangsa banjir.
"PPS telah diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas tidak selamat untuk didiami," katanya.
-- BERNAMA
