KUALA LUMPUR: Kemudahan Beli Dahulu, Bayar Kemudian (BNPL) memberi ruang kepada belia untuk menarik nafas lega dalam mengurus keperluan perbelanjaan bulanan.


Ringkasan AI
  • Meringankan Beban Kewangan: BNPL membantu belia mengurus perbelanjaan bulanan mereka, terutama dalam keadaan kecemasan atau keperluan mendesak dengan simpanan kewangan yang terhad. Harga Lebih Kompetitif: Platform BNPL membolehkan belia membeli barangan keperluan pada harga yang lebih rendah berbanding harga di kedai fizikal, seperti yang dialami oleh Nur Rahim Nasir. Penggunaan Berhemat: Walaupun BNPL menawarkan kemudahan, pengguna perlu berbelanja secara berhemat untuk mengelakkan masalah kewangan di masa hadapan, seperti yang dinyatakan oleh Tulasi Maharani.


Wakil belia yang ditemui Astro AWANI berkata, dalam keadaan kecemasan dengan keperluan mendesak serta simpanan kewangan yang terhad, BNPL merupakan jalan keluar yang meleraikan kegusaran kewangan tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Rakyat Sejahtera Selangor, Nur Rahim Nasir berkata, platform BNPL membolehkan belia membeli barangan keperluan pada harga yang lebih kompetitif.

“Saya ada menghadapi satu situasi yang mana saya terpaksa menggunakan BNPL. Baru-baru ini pendingin hawa kereta saya rosak pada bulan puasa ini. Ada beberapa hari yang menyebabkan saya terpaksa berpanas dalam kereta. 

“Saya pergi ke pusat penyelenggaraan untuk dapatkan harga pembaikan. Saya dimaklumkan harganya RM800. Saya kata mahal juga harganya. Kemudian, saya lihat ada platform dalam talian yang jual barang ganti yang sama dengan harga 25 peratus lebih murah. Saya beli dengan menggunakan BNPL. Ketika itu tiada wang. 

“Saya bawa alat ganti tersebut ke bengkel dan saya dikenakan caj RM400 sahaja,” katanya.

BNPL bantu beli barangan keperluan ketika kecemasan - Belia

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.

Dalam temu bual sama, Pegawai Program Arus Academy, Tulasi Maharani pula menegaskan keperluan untuk menggunakan BNPL ini secara berhemat dalam berbelanja. 

“Akhirnya fasiliti BNPL merupakan satu kemudahan. Maka, bergantung kepada pengguna untuk menggunakan kemudahan itu dengan cara yang tidak memudaratkan. 

“Kenyataan secara umum bahawa BNPL tidak bagus (adalah tidak tepat). Hakikatnya, BNPL ini boleh bantu kita dalam keadaan kecemasan. 

“Cuma, cara penggunaan kemudahan ini adalah sangat penting,” ujarnya.

Jangan terjerumus dengan tekanan promosi, sosial ketika beli persiapan Aidilfitri - Belia

Pada 11 Mac lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendedahkan jumlah transaksi skim pengguna BNPL meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lepas.

Platform BNPL perlu tetapkan had kelayakan, had perbelanjaan - Belia