KUALA LUMPUR:Kewibawaan tokoh agama dan ahli politik Indonesia, Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara Islam di rantau ini.
Demikian jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucaptama persidangan antarabangsanya secara dalam talian pada Sabtu, terkait personaliti dan sumbangan Mohammad Natsir yang juga Perdana Menteri Indonesia yang kelima.
Ujar Anwar, sifat yang ditonjolkan oleh Mohamad Natsir itu amat membantunya ketika bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebelum ini.
"Beliau adalah salah seorang tokoh pemimpin yang berpengaruh ketika saya bersama ABIM. Ketika itu, gerakan di negara Timur Tengah (Asia Barat) agak banyak. Ketika itu juga kita banyak belajar dengan pengalaman yang dikongsikan oleh beliau.
"Berdasarkan pengalaman saya ketika bersama ABIM, kami terpengaruh dengan bagaimana Dr Mohammad Natsir membawa imej Islam di Indonesia.
"Sudah tentu ia sangat inklusif dan menarik minat sehingga 90 peratus Muslim di negara itu. Tetapi pada masa sama bagaimana untuk menghargai, faham, bertoleransi dengan sentimen penganut agama Hindu, Buddha dan Kristian.
"Ini adalah nilai Islam yang dibawa oleh beliau dalam mempromosi bahasa, kesusasteraan yang membawanya dikenali sebagai seorang tokoh politik yang intelektual," katanya.
Dalam pada itu tambah Anwar, sumbangan Dr Mohammad Natsir dalam bidang penulisan juga cukup dikaguminya apabila berjaya menghasilkan beberapa karya agung, antaranya Pembela Islam sewaktu berusia 30-an.
"Saya melihat Mohammad Natsir ini dengan personalitinya, bekas perdana menteri, tokoh yang intelektual, dikenali serta popular dalam kalangan rakyat meskipun beliau dipenjarakan.
"Tetapi terus diberi sokongan oleh penyokongnya kerana idea beliau sebagai tokoh Islam terkemuka di Indonesia," katanya lagi.
Sistem politik di Indonesia pernah mempunyai beberapa tokoh yang mengisi jawatan Perdana Menteri untuk memimpin Kabinet dari tahun 1945 hingga tahun 1959.
Mohammad Natsir merupakan Perdana Menteri kelima Indonesia 5 September 1950 sehingga 26 April 1951 sebelum jawatan itu dimansuhkan di negara republik itu.
Berasal dari Sumatera Barat dan merupakan pengasas parti politik Masyumi, Allahyarham meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Fareez Azman
Sat Feb 06 2021
Anwar berkata ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modenisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara islam di rantau ini. - Gambar fail
Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.
Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.
Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Insiden pukul OKU: ADUN Kijal buat laporan polis
Laporan polis itu dibuat terhadap beberapa pengguna akaun Facebook kerana menggunakan gambarnya untuk tujuan menjatuhkan maruah beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Kijal.
NSL 2025: Semangat waja kembali membara
Netball Super League (NSL) kembali dengan semangat waja membara bersempena musim baru yang bakal membuka tirai dari 1 hingga 23 Februari depan.
Serahkan kepada NACCOL, boleh selesai tiga bulan
Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan portfolio urusan padi dan beras negara di bawah NACCOL buat sementara waktu.
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.
Pusingan kerja kaunter mampu elak isu integriti - Saifuddin
Pelaksanaan pusingan kerja penjawat awam yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan melebihi lima tahun mampu menangani masalah integriti.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Penjawat awam ‘kantoi’ buat tuntutan palsu saudara baharu
Seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi agama di Perlis, ditahan SPRM Perlis bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM132,000.
Kementerian Komunikasi perkenal 'ChatBox' untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi 'ChatBox' dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.