PUTRAJAYA: Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerjaan, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Jelasnya, pelbagai usaha dan perancangan akan dilaksanakan dalam menggerakkan fokus kementerian terhadap golongan belia.
"Tentunya saya dan Timbalan Menteri ada pelbagai idea untuk diketengahkan, apa yang perlu difokuskan kepada KBS, terutama sekali untuk pencapaian 100 hari yang telah disebut Perdana Menteri.
"Jika kita boleh kongsi, ada pelbagai idea untuk cari jalan. Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun 2020 sehingga sekarang, banyak peluang pekerjaan telah terbantut, graduan menganggur.
"Maka pembinaan insan ini (perlu) diberi fokus, begitu juga dengan latihan kepada anak-anak muda kita, dari segi upskilling dan reskilling, ini fokus saya nak berikan," katanya dalam sidang media petang ini.
Dalam pada itu, tambah Ahmad Faizal, tumpuan juga akan diberikan dalam membentuk keluarga muda Malaysia.
"(Konsep) Keluarga Malaysia amat menarik, saya cukup seronok kerana di Malaysia saya fikir mungkin kurang kasih sayang, jadi kita nak tambahkan lagi kasih sayang kepada negara, bendera kita, penghormatan dan pemahaman rukun negara.
"Jadi pada saya, KBS lebih memberi fokus keluarga muda Malaysia, anak muda, ibu bapa muda dan juga atlet yang boleh membawa pengaruh kepada anak-anak muda untuk membawa ke arah patriotisme," katanya lagi.
Dalam bidang sukan pula beliau menjangkakan mutu sukan negara terutamanya bola sepak dapat dipertingkatkan dengan kerjasama pelbagai pihak.
"Saya berpandangan bola sepak kalau kita boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah, boleh kita dapat bakar baharu dari peringkat sekolah rendah seperti pelajar usia 7,8 dan 9 tahun.
"Peminat tegar bola sepak dapat melihat perubahan ketara jika kita fokus, tanpa kita fikir siapa perlu ke depan.
"Bukan sahaja di Perak, saya berbangga kalau sukan seperti Johor Darul Takzim (JDT) berjaya di peringkat Asia, saya berbangga jika pasukan lain, Pahang kembali menjadi pasukan hebat. Semua pasukan akan dapat pertingkatkan mutu permainan mereka," katanya lagi.
Terdahulu, Ahmad Faizal dan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ti Lian Ker tiba kira-kira jam 5.14 petang tadi di Kementerian Belia dan Sukan di sini selepas mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara.
Beliau turut meluangkan masa kira-kira 10 minit berbual bersama atlet paralimpik Malaysia menerusi sidang video.
Antara yang dilihat hadir dalam dalam sidang berkenaan, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), yang juga Chef de Mission ke Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dan pemenang pingat emas acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram, Bonnie Bunyau Gustin.
Fareez Azman
Mon Aug 30 2021
Ahmad Faizal(kanan) dan timbalannya Datuk Seri Ti Lian Ker (kiri) memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Belia dan Sukan sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai menteri di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
AWANI Ringkas: Tol percuma ketika perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Januari 2025
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
Agenda AWANI: WEF2025 | ASEAN Tumpuan Dunia Merungkai Dasar Industri
Dalam dunia yang penuh sikap perlindungan dan berpecah belah, apakah cabaran untuk memandu arah dalam menarik pelaburan dan membangun industri penuh lestari?
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut
Penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mata atau 0.46 peratus kepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
Konflik Syria: Pasca perang, jauh lagi perjalanan…
Syria kini berada dalam fasa perubahan selepas kejatuhan rejim Bashar Al Assad.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
PLUS sedia buka 'Smart Lane' di 25 lokasi
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan trafik lebuh raya di lokasi terpilih sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Bekas Pengarah SRC tandatangan cek kosong
Datuk Suboh Md Yassin menandatangani cek kosong itu selepas bekas CEO SRC memaklumkan kepadanya bahawa itu adalah arahan 'pihak atas'.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.