SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui kesilapannya memilih calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu hingga ada yang mengkhianati parti termasuk Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.
Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perak, beliau ada ‘suara’ untuk menentukan calon parti bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) di negeri itu, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
“Saya berasa amat kecewa kerana sahabat saya, mantan setiausaha politik yang diberi kepercayaan sebelum menjadi calon. Saya yang letakkan beliau sebagai calon di situ tetapi memungkiri taat setia kepada parti. Atas apa juga alasan, kita kecam.
“Namun saya ajak dia untuk mengkhianati parti, tidak sama sekali,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada Sabtu.
Oktober lalu, Iskandar menjadi Ahli Parlimen Bersatu pertama yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengambil kira masalah dan isu dihadapi pengundi kawasannya.
Tindakan tersebut kemudiannya diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.
Sementara itu, Ahmad Faizal turut menafikan terlibat dengan tindakan Iskandar sehingga timbul dakwaan wujud ‘Langkah London’.
“Benar saya berada di UK (United Kingdom), di rumah anak perempuan di Manchester, bukan London. Jika ada langkah (patut digelar) ‘Langkah Manchester’.
“Jadi kepada mereka yang telah menyebarkan fitnah, saya nak katakan andalah manusia paling berani kerana tidak takut azab seksa, hukuman menabur fitnah,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 25 2023

Ahmad Faizal berkata, beliau ada ‘suara’ untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya. - Gambar/ Sinar Harian

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.
ADMM bincang pemusatan ASEAN - Mohamed Khaled
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kekal sebagai platform penting untuk mempertahankan dan membincangkan pemusatan ASEAN dalam persekitaran global dan serantau yang semakin berkembang.
Negara BRICS berdepan kemungkinan kenaikan 150 peratus Niaga AWANI
Negara-negara anggota BRICS berpotensi menghadapi kenaikan tarif sehinga 150 peratus daripada Amerika Syarikat. Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran tersebut selepas mendakwa kesatuan itu cuba menghancurkan Dolar.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.