SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kenyataan yang terkait mengenai kekesalannya terhadap penjelasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu tersebut adalah tidak benar.
“Kenyataan media yang sedang giat disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata, isu mengenai perbincangan tersebut masih belum dibangkitkan dan tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.
Kenyataan itu dibuat bagi menjawab isu yang dibangkitkan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menegaskan tidak pernah membincangkan berkenaan isu tersebut selain mengekalkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon pada PRU16 akan datang.
Susulan itu, tular mengenai kenyataan Ahmad Faizal yang mendakwa bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menamakan mana-mana individu lain, maka calon Perdana Menteri dari PN dikekalkan selain kesal dengan penjelasan dibuat Tuan Ibrahim.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 11 2024

Ahmad Faizal berkata kenyataan media yang sedang giat disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar sama sekali. - Gambar fail/FB Faizal Azumu
Tumpuan Jumaat – 20 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (19 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia seru negara anggota bekerjasama perkasa belia melalui AKEPT
Malaysia mengajak semua negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) untuk Kerjasama Ekonomi agar bekerjasama melalui Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).
Sumber air: Promosi keterjaminan air, pastikan kemampanan sumber
Walaupun Malaysia memperoleh taburan hujan yang tinggi setiap tahun, cabaran yang dihadapi semakin ketara, dengan perubahan iklim menjadi ancaman nyata terhadap keterjaminan air.
Lebih 5,000 notis kesalahan merokok dikeluarkan - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 5,642 notis melibatkan nilai kompaun RM1.37 juta sejak Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dikuatkuasakan dari 1 Okt hingga 17 Dis lepas.
3 rakyat Malaysia didenda rentas sempadan guna laluan haram
Tiga rakyat tempatan masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Malaysia dari Thailand menggunakan laluan yang tidak dibenarkan pada Isnin lepas.
Pelawak ditahan miliki ganja didakwa pada Jumaat
Selebriti dan pelawak lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah disyaki ganja di kediamannya di Cyberjaya pada Sabtu lalu akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.
Anak lelaki 'Abuya' mengaku tidak bersalah cuba hina Islam
Seorang daripada anak pengasas ajaran sesat Al-Arqam, As'aari Muhammad atau 'Abuya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas tuduhan cuba menghina agama Islam.
Pesakit pertama dikesan di Louisiana California isytihar darurat
Kes pertama selesema burung itu melibatkan seorang pesakit di Louisiana dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal dengan simptom pernafasan teruk yang disebabkan oleh jangkitan selesema burung, kata pegawai kesihatan negeri.
Seorang lelaki terkorban dalam insiden tembakan bersasar
Satu kejadian tembak menembak, serta sebuah kemalangan kereta berkaitan di utara daerah Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat, telah mengorbankan seorang lelaki tempatan, dan mencederakan sembilan yang lain.

Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.

Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM
Bersatu memohon semua pihak terus menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan diputuskan 13 Dis
Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diputuskan pada 13 Dis depan.

Pakatan Harapan bincang kedudukan PPBM bagi menghadapi PRU-14 - Salahuddin
Agenda utama kini adalah mendapatkan kelulusan bagi penerimaan PPBM sebelum berusaha mendaftarkan lambang yang bakal digunakan PH.