TNB Careline dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan bekalan tenaga itu dibuat atas faktor keselamatan.
Antara senarai pencawang elektrik yang ditutup dan masih terjejas akibat banjir membabitkan daerah Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Antara kawasan yang terkesan dan mengalami gangguan elektrik di Kulai ialah Estate Lee, Taman Jaya Sepakat dan Kampung Sepakat Baru.
Bagi kawasan Johor Bahru membabitkan Kampung Pasir Tebrau, Kompleks Sukan Bukit Mutiara, Desa Mutiara, Kampung Paya Kenangan serta beberapa buah kilang dalam kawasan perindustrian Tebrau.
Turut terjejas Taman Aman di Kota Tinggi.
TNB turut mengingatkan mangsa banjir agar mematuhi panduan keselamatan elektrik bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
