Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Askar Timbalan Setia Negeri Johor Leftenan Mohd Syafiq Md Zabri sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.
Mohd Anizam turut menyampaikan sumbangan pasca bencana kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Ahmad Hashim Selamat berupa 1,000 helai selimut dan 800 lampin pakai buang.
Hantaran sama memetik Ahmad Hashim yang menzahirkan penghargaan kepada YSIJ di atas sumbangan kepada JKM.
"Kami amat menghargai kerjasama yang diwujudkan antara YSIJ dan JKM bagi membantu rakyat Johor yang memerlukan terutamanya pada musim banjir," katanya.
-- BERNAMA
