Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau ada membaca kenyataan setiausaha pertahanan Filipina, Voltaire T Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina telah menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.
Katanya, sekiranya perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang di negara itu.
Tegas Muhyiddin lagi, kerajaan Malaysia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu di negara inimengikut peruntukan undang-undang sedia ada yang mendalangi pencerobohan Lahad Datu itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Helo Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh.