MANILA: Filipina tidak akan berundur daripada menegaskan haknya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, walaupun mencapai perjanjian dengan Beijing untuk mengelakkan konfrontasi di kawasan itu, kata Presiden Ferdinand Marcos Jr pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Filipina tidak boleh mengalah. Filipina tidak boleh goyah," kata Marcos disambut dengan tepukan gemuruh dan tepukan berdiri semasa ucapan negara tahunannya di hadapan Kongres.
"Laut Filipina Barat bukan sekadar khayalan kita," katanya, merujuk kepada kawasan itu dengan nama tempatannya. "Ia milik kita. Dan ia akan kekal milik kita, selagi semangat negara tercinta kita Filipina terus membara."
Kenyataan Marcos dikeluarkan sehari selepas Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengumumkan bahawa Manila dan Beijing bersetuju dengan "pengaturan sementara" tentang bagaimana Filipina boleh menghantar bekalan kepada tenteranya di BRP Sierra Madre di Second Thomas Shoal, yang secara tempatan dipanggil Ayungin Shoal.
Tiada butiran telah dikeluarkan, tetapi jabatan itu menegaskan bahawa perjanjian itu tidak menjejaskan kedudukan negara.
China telah secara agresif menyekat misi bekalan semula Filipina ke beting itu, yang terletak 195 kilometer di barat wilayah Palawan di Filipina dan berada dalam zon ekonomi eksklusif Filipina.
Filipina mendaratkan BRP Sierra Madre, sebuah kapal tentera laut usang, di beting itu pada 1999 untuk menandakan tuntutan negara itu ke atas kawasan berkenaan. Tentera Filipina ditempatkan di bangkai kapal yang berkarat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Filipina tidak akan berundur daripada menegaskan haknya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata Presiden Ferdinand Marcos Jr. - Foto fail/AP

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Angka korban akibat hujan monsun, tiga siklon di Filipina meningkat kepada 30 orang
Hampir 5.3 juta penduduk terjejas akibat gabungan hujan monsun barat daya dan siklon yang melanda negara itu.

Taufan Wipha landa Filipina, Vietnam, Laos
Laos, Filipina dan Vietnam berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan Taufan Wipha yang terus melanda Asia Tenggara sejak hujung minggu lepas.

Gempa bumi sederhana landa rantau kepulauan Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Filipina pada 1.45 tengah hari tadi.

Tarif AS boleh seret turun pertumbuhan KDNK ASEAN-5 kepada 1.5 peratus tahun depan
Prestasi itu jauh lebih rendah berbanding angka pertumbuhan 4.5 peratus yang dicatatkan pada 2024.

Gempa bumi magnitud 5.8 landa Luzon, Filipina
Pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan gempa susulan, namun tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan setakat ini.

2 maut, 27 cedera selepas bas terjunam ke dalam gaung di selatan Filipina
Nahas berlaku kira-kira 8 pagi waktu tempatan ketika bas itu dalam perjalanan ke sebuah kem latihan tentera.

Gempa bumi 6.5 skala richter landa timur Kepulauan Filipina - GFZ
Pusat gempa dikesan pada kedalaman 10.0 kilometer, dengan koordinat 7.97 darjah utara dan 129.83 darjah timur.

Gempa bumi sederhana landa Mindanao, Filipina
Gempa dengan kedalaman 20 kilometer berlaku 106km Tenggara dari Davao, Indonesia.

Filipina beli 12 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan
Kontrak bernilai lebih AS$700 juta itu dimuktamadkan awal bulan ini dengan pengeluaran notis untuk memulakan pelaksanaan.

Presiden Filipina isytihar darurat bencana di Visayas Timur
Darurat bencana diisytihar selama setahun di Visayas Timur bagi mempercepatkan pembaikan dan pemulihan Jambatan San Juanico.