LENGGONG: Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai dibunuh dalam sebuah kebun getah di Kampung Banggol Batu di sini lewat malam Isnin.
Mayat Jamaluddin Hamzah, 55, ditemukan kira-kira 300 meter dari jalan utama kampung berkenaan di celah pokok getah dengan ditutup menggunakan daun sekitar 12.10 malam, lapor Sinar Harian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, makluman awal mengatakan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kebun getah.
Bagaimanapun menurutnya, siasatan di tempat kejadian menjumpai kesan cedera di pipi kanan, kepala dan kesan darah di kedua dua telinga mangsa.
"Berpandukan kesan cedera itu, kita tidak menolak kemungkinan mangsa telah dipukul menggunakan objek keras.
"Mayat ditemui berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang identiti. Rakan mangsa telah membantu mengesahkan identitinya," katanya.
Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati kematian mangsa disebabkan trauma di dada kerana hentakan menggunakan objek tumpul (chest injury due to blunt trauma).
Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.
Menurutnya, lelaki berkenaan yang merupakan penganggur ditahan di kediamannya di Lenggong pada hari sama jam 2 pagi.
"Pasukan Forensik mengambil dua sapuan darah dari kuku lelaki berkenaan untuk siasatan.
"Polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sinar Harian
Tue Apr 13 2021

Siasatan di tempat kejadian menjumpai kesan cedera di pipi kanan, kepala dan kesan darah di kedua dua telinga mangsa. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.

Lelaki hilang ketika memukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas
Lelaki yang hilang dihanyutkan arus ketika memukat ikan di Sungai Tajar di sini, semalam ditemui lemas hari ini.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai
Hasil pemeriksaan mendapati mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu dalam keadaan terlangkup di lokasi berkenaan.

Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.

Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi
Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di sungai berhampiran Kampung Sungai Semungkis, di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas tersepit di celah batu.

Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.

Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam kereta, tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang pemuda warga asing berumur 19 tahun dalam sebuah kereta.

Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan
Mayat itu ditemukan kira-kira 7 malam, menandakan berakhirnya usaha mencari mangsa sejak bencana melanda kampung Rua pada 25 Ogos lepas.

Kapal mewah karam: Mayat Mike Lynch, anak ditemukan
Angka kematian tragedi kapal layar karam di Itali meningkat kepada enam selepas anggota penyelamat menemukan lima lagi mangsa pada Rabu.

Kapal mewah karam: Empat mayat ditemui
Mayat dibawa ke darat menggunakan bot penyelamat sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk proses pengecaman.