Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat itu daripada orang awam, pada 11.14 pagi.
"Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
"Si mati yang dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan memakai baju-T warna merah hitam berlengan pendek dan hanya memakai seluar panjang berwarna gelap dan tiada kesan suntikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada bahagian bahu kirinya.
"Pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan dan kecederaan lain-lain pada tubuh yang boleh menyebabkan kematiannya," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mohd Iqbal berkata, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
"Siasatan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR). Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657," katanya.