KUALA LUMPUR:Indeks kes penderaan mental dan seksual membabitkan kanak-kanak didapati meningkat ketika negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, menerusi data yang diperolehi sehingga September oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Siti Zailah Mohd Yusoff pada Isnin, angka tersebut dilihat membimbangkan.
“Penderaan mental nampak tinggi iaitu 131 kes kalau dibandingkan dua tahun terkemudian.
"Manakala jumlah pengabaian kurang kerana kita menjalani proses Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Jadi, semua duduk rumah dan mereka tak boleh nak abaikan anak-anak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun jelasnya, ketika semua terpaksa berada di rumah sewaktu pelaksanaan PKP, kes membabitkan penderaan secara seksual terhadap golongan kanak-kanak juga meningkat.
“Semasa PKP ini, meningkatnya kes sumbang mahram. Itu mungkin datanya tak ditunjukan.
"Kalau tengok pada laporan daripada akhbar dan media massa, kita dapati banyak kes rogol dan sumbang mahram yang berlaku semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP," katanya lagi.
BACA: Penderaan kanak-kanak: Lebih 35 peratus laporan libatkan seksual
Tambah beliau, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi namun tahap keupayaan atau mutu pelaksanaan yang ada ketika ini perlu ditingkatkan.
“Apa yang kita dapat tahu ialah semasa PKP ini ada juga kes-kes yang dilaporkan tidak mendapat tindakan yang cepat dan satu lagi ialah cara-cara menyelamatkan kanak-kanak ini.
"Kita terima aduan-aduan bahawa tindakan itu lambat. Jadi undang-undang kita (sudah) ada dan mantap, cuma mungkin prlaksanaan perlu diperkemaskan,” ujarnya.
Pada Isnin, Timbalan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kes dera kanak-kanak menunjukkan trend penurunan apabila sebanyak 3,875 kes penderaan, penganiayaan dan pengabaian ke atas kanak-kanak direkodkan di negara bagi tempoh sehingga September 2020 berbanding tahun sebelumnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Dec 16 2020

Indeks kes penderaan mental dan seksual membabitkan kanak-kanak didapati meningkat ketika negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.