PUTRAJAYA: Kerajaan telah meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van transit atas permintaan (DRT) di Lembah Klang bermula September tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) berkata kajian pelaksanaan Lorong Khas Bas Prasarana di Jalan Ampang dan Genting Klang sejak 3 Julai lepas menunjukkan respons yang menggalakkan dari segi penjimatan masa.
"Data menunjukkan berlaku penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan bas di lokasi (destinasi-ke-destinasi) dan atas penjimatan tersebut berlaku penambahan jumlah penumpang secara harian sebanyak 20 hingga 45 peratus.
"Justeru, dengan keberkesanan pengurangan masa perjalanan tersebut, peningkatan kekerapan bas dan jumlah penumpang harian, mesyuarat JKMKJR memutuskan untuk mengekalkan laluan khas bas Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasca mesyuarat JKMKJR Bil1/2024 hari ini.
Mesyuarat turut bersetuju memperluaskan laluan bas khas ke Jalan Klang Lama bermula Jun 2024, dan melaksanakan kajian bagi pelaksanaan lorong bas di Jalan Cheras (Taman Connaught - Jalan Pudu) serta Lebuhraya Persekutuan (Pusat Bandar Kuala Lumpur - Persimpangan Shah Alam).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan sistem penyuraian baharu secara berperingkat untuk lokasi kritikal kesesakan, yang akan dilaksanakan setelah mendapatkan makluman daripada pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan laluan kontra bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di waktu puncak dan hasil kajian daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan 88 peratus pengguna lebuh raya yang ditemui bersetuju bahawa laluan kontra berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas.
"(Justeru) Mesyuarat bersetuju untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan langkah pengoperasian bagi mengelak isu seperti insiden kemalangan hasil pemasangan kon dan penambahan pencahayaan ketika waktu hujan dan gelap," katanya.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) akan meneliti cadangan supaya projek pembangunan mengguna pakai konsep berasaskan "Transit Oriented Development" (TOD) sebagai langkah jangka masa panjang mengurangkan kesesakan jalan raya, khususnya di kawasan pembangunan dan pengoperasian stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Mengenai data berkaitan keselamatan jalan raya, beliau berkata Malaysia telah mencatatkan jumlah kematian berkaitan lalu lintas sebanyak 6,443 orang pada tahun lepas dengan purata 18 kematian sehari dan daripada jumlah tersebut, 4,480 kematian melibatkan pengguna motosikal.
Mesyuarat JKMKJR antara lain turut membincangkan cadangan lain seperti penyuraian trafik Johor Bahru yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Johor dan bersetuju dengan cadangan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 7.4 kilometer dan penambahan 175 kemudahan hentian bas oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sepanjang tahun 2024 di kawasan Lembah Klang.
"Saya berharap agar inisiatif ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan bagi memastikan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara dapat ditingkatkan, seterusnya mampu menarik rakyat untuk beralih kepada penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memenuhi keperluan mobiliti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

AHMAD ZAHID: Kajian pelaksanaan Lorong Khas Bas Prasarana di Jalan Ampang dan Genting Klang sejak 3 Julai lepas menunjukkan respons yang menggalakkan dari segi penjimatan masa. -Gambar fail

Selangor negeri pertama lancar gudang makanan, perkukuh sistem keselamatan bekalan
Selangor menjadi negeri pertama di negara ini menyediakan gudang makanan ataupun Gudang Makanan Selangor (GMS) dalam usaha memperkukuhkan sistem keselamatan bekalan karbohidrat serta protein.
AWANI Ringkas: Isi borang sebelum balik kampung, cegah jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Johor: Bantuan segera RM3,000 untuk keluarga di PPS, RM500 untuk peniaga Bazar
Kerajaan Johor sedia salur Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir (MTL) Gelombang Kelima, berjumlah RM11,247,000.00 kepada mangsa banjir yang terjejas.
Pembelian pesawat Boeing, pelaburan kukuh kedudukan Malaysia
Pembelian pesawat baharu Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) adalah pelaburan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri penerbangan global menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Selain Datuk Jijoe, siapakah lagi atlet pernah warnai dunia hiburan?
Datuk Azizulhasni Awang tampil sebagai 'cameo' dalam satu muzik video sempena sambutan Aidilfitri bersama penyanyi terkemuka Alif Satar & The Locos.
Sultan Pahang zahir rasa gembira empat daerah tersenarai paling bahagia
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa gembira dengan pemilihan empat daerah di negeri ini tersenarai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi 2025.
e-dompet RM20: Penerima bantuan syukur dapat berbelanja di Bazar Ramadan
Sehingga kini lebih 150,000 pengunjung Bazar Ramadan menikmati manfaat daripada inisiatif e-dompet RM20.
BN tangguh umum calon kepada 7 April
Barisan Nasional tunda umum calon PRK DUN Ayer Kuning kepada 7 April.

568 lokasi di Johor dipilih untuk projek PoP Fasa 2 - Teo
Sebanyak 568 lokasi di Johor dipilih untuk pelaksanaan projek "Point of Presence" (PoP) Fasa 2.

Nahas 2 pelajar maut: Exco Johor berang, arah baiki jalan segera
Beliau turut mengarahkan ketua jabatan syarikat konsesi turun ke lokasi bagi menilai keadaan jalan dan memastikan kerja penyelenggaraan dilakukan dengan sempurna.

RM50.61 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana bernilai RM50.61 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Kerajaan kerah tenaga, aset pastikan keselamatan mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan melalui bahagian pengurusan bencana telah mengerahkan segala tenaga dan aset terbaik bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.