Ringkasan AI
- Kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir dipertingkatkan ke tahap tertinggi kerana bencana dijangka lebih teruk berbanding tahun 2014.
- Seramai 82,794 pegawai dan anggota telah diatur gerak untuk menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas, khususnya di Pantai Timur.
- Sebanyak 8,481 PPS telah dikenalpasti, mampu menampung 2.1 juta mangsa di seluruh negara, dengan pelbagai aset keselamatan seperti bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, dan helikopter turut digerakkan.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti 8,481 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menampung 2.1 juta mangsa di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
"Di Kelantan, kita ada 448 PPS yang boleh menampung seramai 175,000 orang dan Terengganu, 749 PPS disediakan untuk menampung kira-kira 214,000 mangsa.
"Jadi dalam keadaan (banjir) yang begitu, kerjasama semua pihak telah dimobilisasikan (memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini hari ini.
Beliau berkata pelbagai aset pasukan keselamatan turut digerakkan antaranya 2,031 bot penyelamat, 1,399 kenderaan pacuan empat roda serta 31 buah helikopter.