Kerajaan meluluskan peruntukan RM76 juta untuk memberikan tanah seluas 1.21 hektar kepada setiap penduduk yang terlibat dengan program penempatan semula di Bakun susulan pembangunan Stesen Janakuasa Elektrik Hidro Empangan Bakun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga meluluskan peruntukan RM9 juta bagi membina jalan-jalan ladang di kawasan berkenaan, khusus untuk kemudahan mereka.
Beliau berkata dengan pemberian tanah serta penyediaan rangkaian jalan ini, diharapkan ia dapat membantu menambah sumber rezeki mereka yang terlibat, dan membangunkan pertumbuhan ekonomi setempat dengan lebih pesat.
"Stesen janakuasa ini kita berikan kembali kepada Sarawak kerana saya lihat ia munasabah, kerana ia dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri," katanya semasa berucap di majlis penyerahan stesen janakuasa elektrik hidro Bakun, di sini pada Khamis.
Pengurusan stesen janakuasa ini diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Sarawak susulan pembelian saham 100 peratus Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) milik Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan oleh Sarawak Energy Bhd dengan nilai RM2.5 bilion, pertengahan Ogos lepas.
Najib berkata beliau juga melihat keperluan tenaga di Sarawak kini telah melonjak kepada 3,500MW berbanding sekitar tahun 2009, ekoran pembangunan ekonomi yang pesat di negeri ini.
Menurutnya dengan pemilikan stesen janakuasa ini, ia bukan sahaja boleh menawarkan tarif elektrik yang rendah untuk rakyat tempatan, malah berjaya menarik ketibaan pelabur dengan lebih rancak.
"Banyak industri menggunakan tenaga yang tinggi, mereka akan memilih untuk melabur di Sarawak ini. Sebagai perbandingan kos elektrik di Sarawak adalah terendah, yakni 28.2 sen kwj (kilowatt-jam) berbanding 39.45sen kwj di Semenanjung dan 34.5 sen di Sabah," katanya.
"Jadi Sarawaklah yang dapat manfaat daripada tarif elektrik yang terendah, sebab itu banyak syarikat yang guna tenaga tinggi seperti kilang-kilang yang membuat aluminuam dan sebagainya memilih untuk melabur di SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak)," tambahnya
Najib berkata beliau turut berbangga dengan pembinaan stesen janakuasa eletrik hidro di Sarawak kerana ia selaras dengan usaha dan komitmen negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus sebagaimana yang diumumkan beliau pada Persidangan Paris.
Perdana Menteri berkata projek ini juga memperlihatkan kerjasama yang erat antara kerajaan pusat dan negeri berlandaskan kepada situasi "menang-menang", di mana kerajaan pusat memperoleh sumber kewangan daripada aset ini, manakala Sarawak memperoleh projek mega untuk membangunkan negeri.
Beliau seterusnya meminta seluruh penduduk di Bumi Kenyalang ini supaya menolak pembangkang di Sarawak, dengan merujuk kepada kata-kata pemimpin mereka yang pernah memimpin negara selama 22 tahun sebelum ini, yang mendakwa "orang Sarawak pemalas, tamak dan lembap.
"Kalau saya setuju dengan kata-kata ini, saya tidak akan serahkan empangan Bakun ini untuk diuruskan oleh orang Sarawak," katanya.
Katanya tiga cara bagaimana rakyat Sarawak boleh membuktikan kehebatan meraka dan menolak tohmahan itu adalah dengan cara menguruskan Bakun dengan cemerlang, membangunkan Sarawak dengan pesat dan menolak pembangkang yang diketuai pemimpin yang mencemuh orang Sarawak.
Turut hadir di majlis hari ini ialah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Tan Sri James Jemut Masing, Pengerusi Sarawak Energy Bhd (SEB) Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB Sharbini Suhaili.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 05 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg menandatangani plak pada majlis penyerahan Empangan Bakun daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri pada Khamis, 5 April, 2018. --fotoBERNAMA

ACLE: Buriram United ajak peminat naik unta, tonton aksi Cristiano Ronald di Arab Saudi
Pakej menarik tersebut menampilkan pelbagai aktiviti selain menonton perlawanan menentang Al-Ahli.
![[KOLUMNIS] FOMO media sosial: Candu digital yang membentuk sikap generasi kini [KOLUMNIS] FOMO media sosial: Candu digital yang membentuk sikap generasi kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731662933_TBaddiction.jpg)
[KOLUMNIS] FOMO media sosial: Candu digital yang membentuk sikap generasi kini
Fenomena FOMO adalah realiti yang tidak dapat dielakkan dalam dunia digital hari ini, namun ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh dikawal.

200kg daging mentah 'lesap' dalam tempoh 15 minit
Ribuan penduduk berebut-rebut mengambil daging mentah tersebut tanpa menghiraukan kuali panas.

Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di Marang
Seorang pesakit dan petugas perubatan berdepan detik cemas apabila ambulans dinaiki mereka terbabas di Marang, tengah malam tadi.

7 cedera dalam serangan dron Rusia ke atas Kyiv
Serangan dron Rusia cederakan tujuh di Kyiv, bangunan terbakar, ketegangan perang terus memuncak meskipun ada usaha ke arah gencatan senjata.

Ribuan rakyat Israel bantah keputusan kerajaan
Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Israel sambil mendesak kerajaan mencapai perjanjian bagi membebaskan baki tebusan.

Dekri Putin desak warga Ukraine dapatkan pasport Rusia
Putin desak warga Ukraine di Rusia dan di wilayah yang diduduki di negara asal mereka untuk mengambil kerakyatan Rusia atau berpindah ke tempat lain.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti
- Perkembangan banjir dalam negara
- Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu
- Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak senonoh dalam perpustakaan universiti

Menteri Kanak-Kanak Iceland letak jawatan selepas mengaku jalin hubungan dengan remaja ketika berusia 22 tahun
Asthildur Loa Thorsdottir buat keputusan letak jawatan sebagai menteri selepas kisah hubungan sulitnya sehingga melahirkan seorang anak didedahkan.

Pemimpin tertinggi Hamas terbunuh di Gaza Selatan
Serangan udara Israel bunuh Salah al-Bardaweel di Gaza Selatan, cetus gesaan gencatan senjata antarabangsa dan ketegangan yang semakin memuncak.

HEP Bakun memainkan peranan penting dalam mitigasi banjir
Sejak HEP Bakun siap, banjir dan impaknya di kawasan hilir telah dapat dikurangkan berikutan empangan itu mampu menampung sejumlah besar air hujan sepanjang tahun.

Markas Briged ke-31 Infantri bakal dibina di Bakun
Sebuah Kem Markas Briged ke-31 Infantri Malaysia akan dibina di Bakun sebagai usaha menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sarawak.

Kerajaan beri tanah, bina jalan bantu penduduk program penempatan semula Bakun
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga meluluskan peruntukan RM9 juta bagi membina jalan-jalan ladang di kawasan berkenaan, khusus untuk kemudahan mereka.