Untuk makluman, format permainan bermula suku akhir hingga final akan dijalankan di negara Asia Barat itu secara karnival melibatkan semua pasukan yang berjaya melayakkan diri.
Sehubungan itu, wakil tunggal Thailand itu bercadang untuk menerbangkan peminat kesayangan sebagai tanda sokongan kepada kelab terkemuka itu.
Pakej menarik tersebut menampilkan pelbagai aktiviti selain menonton perlawanan menentang Al-Ahli.
Antara yang menjadi tumpuan ialah penyokong boleh melancong dan menikmati tarikan utama di sana iaitu berjalan di padang pasir dan melakukan aktiviti yang diadakan seperti menaiki unta.
Selain itu, peminat Thunder Castle berpeluang menyaksikan bintang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, bermain untuk Al-Nassr bertemu gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos, sebagai salah satu daripada jadual perjalanan.
Ini adalah alternatif terbaik buat pasukan kendalian Osmar Loss Vieira mendapatkan sokongan tambahan untuk membawa cabaran kelab dan negara itu ke pusingan seterusnya kejohanan tertinggi Asia itu. - Stadium Astro
