Bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab matawang asing (AS$105.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM639.86 bilion, merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM527.99 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM11.35 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.81 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM67.72 bilion).
BNM berkata keseluruhan modal dan liabiliti berjumlah RM639.86 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM193.71 bilion), mata wang dalam edaran (RM175.87 bilion), deposit institusi kewangan (RM141.51 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM7.32 bilion), lain-lain deposit (RM79.80 bilion), kertas Bank Negara (RM10.70 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.18 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.65 bilion).
-- BERNAMA
