Sebuah Kem Markas Briged ke-31 Infantri Malaysia akan dibina di Bakun sebagai usaha menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sarawak.
Malah pembinaan itu juga dilihat sebagai usaha kawalan sempadan yang lebih ketat dalam membendung aktiviti penyeludupan.
Menurut Panglima Divisyen Pertama Infantri, Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa, pihaknya juga punya perancangan membina pos-pos baru di sekitar kawasan sempadan dalam menyekat usaha menyelinap masuk dan menyeludup secara berterusan.
“Kita sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa dan penubuhan ini penting dalam menjayakan usaha memerangi PATI dan aktiviti penyeludupan oleh warga Indonesia.
“Ketika ini kita menggerakkan anggota secara rondaan terancang dan melakukan serangan hendap pada waktu malam untuk menggagalkan usaha mereka ini,” katanya.
Dzulkafli berkata demikian ketika ditemui media pada Sambutan Hari Ulang Tahun Divisyen Pertama Infantri Malaysia ke-54 di Kem Penrissen, Kota Padawan pada Rabu.
Tambahnya, sejak Ops Benteng dikuatkuasakan di sempadan negeri ini, pihaknya dengan kerjasama daripada agensi-agensi penguatkuasaan juga telah berjaya menghalang penyeludupan PATI.
“Ops Benteng telah menghasilkan kejayaan yang cukup besar untuk kita pada tahun ini sekarang kita telah berjaya menumpaskan sekitar RM2.54 juta hasil rampasan.
“Selain itu, kita juga telah menangkap ramai PATI yang cuba menyeludup masuk ke negeri Sarawak,” tambahnya.
Astro Awani
Wed Jul 08 2020

Pihaknya juga punya perancangan membina pos-pos baru di sekitar kawasan sempadan dalam menyekat usaha menyelinap masuk dan menyeludup secara berterusan. FOTO: Astro AWANI
MAHB jangka permintaan tinggi syarikat penerbangan luar
MAHB berkata, keyakinannya adalah berdasarkan lokasi strategik lapangan terbang tersebut, serta potensi ketersambungan dan peranannya sebagai pintu masuk pilihan untuk perjalanan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: Strategi pengurusan kewangan musim perayaan
Bersama Dr Hanini Ilyana Che Hashim, Pensyarah Kanan, Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan, UTM membincangkan tentang strategi pengurusan kewangan musim perayaan.
Tempahan dijangka menurun kesan tarif AS
CIMB Securities menjangka, Top Glove juga akan menghadapi persaingan lebih kuat di pasaran luar Amerika Syarikat, apabila pengeluar sarung tangan China mengalihkan tumpuan mereka ke arah pasaran tersebut.
Prestasi segmen premium & mampu milik dijangka berbeza tahun ini
Kenanga Reseach menjangka, kenaikan pendapatan isi rumah dijangka menyokong pertumbuhan segmen mampu milik, namun segmen premium mungkin melembap apabila golongan berpendapatan tinggi menyesuaikan diri dengan rasionalisasi subsidi bahan api.
AS minta Malaysia pantau pergerakan cip Nvidia ke China
Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Amerika Syarikat meminta Malaysia memantau rapat pergerakan cip Nvidia yang memasuki negara, untuk menghalang Malaysia menjadi negara transit produk tersebut ke China.
Bank Negara jangka ekonomi berkembang 4.5% sehingga 5.5%
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.1% pada tahun 2024 dengan inflasi yang rendah dan stabil sebanyak 1.8%.

Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan
Pastikan mereka yang terjejas banjir tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini.

Guru KAFA, takmir di Perak terima 'duit raya' RM500 - MB
Guru KAFA, takmir di Perak turut terima 'duit raya' RM500- MB
5,000 perantau Pahang terima baucar pulang beraya
5,000 perantau Pahang menerima baucar petrol atau diesel bernilai RM50 daripada kerajaan negeri.

Tekanan hutang dorong lelaki samun kedai emas - Polis
Hasil soal siasat terhadap lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah syarikat utiliti di negeri ini mendapati dia mempunyai hutang hampir RM20,000 yang perlu dilunaskan.

HEP Bakun memainkan peranan penting dalam mitigasi banjir
Sejak HEP Bakun siap, banjir dan impaknya di kawasan hilir telah dapat dikurangkan berikutan empangan itu mampu menampung sejumlah besar air hujan sepanjang tahun.

Markas Briged ke-31 Infantri bakal dibina di Bakun
Sebuah Kem Markas Briged ke-31 Infantri Malaysia akan dibina di Bakun sebagai usaha menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sarawak.

Kerajaan beri tanah, bina jalan bantu penduduk program penempatan semula Bakun
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga meluluskan peruntukan RM9 juta bagi membina jalan-jalan ladang di kawasan berkenaan, khusus untuk kemudahan mereka.