SEPANG: Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.
Pemerhatian Astro AWANI di KLIA mendapati rata-rata jemaah haji dilihat keletihan menunggu penerbangan dan visa perlepasan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Menurut salah seorang jemaah haji dari Kelantan, Marina Abu Zahar, 52, kesemua mereka berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada.
"Kami menunggu daripada jam 12.00 tengah hari selepas taklimat terakhir pada malam tadi mengatakan kita akan terbang pada 4.25 petang (Khamis).
"Kita berkumpul dari jam 12.00 tengah hari, dia delayed (tunda) kepada jam 7.00 malam. Sebab keadaan agak tegang, jadi kita cuba bertanya, tapi jawapannya sabar dan sabar.
"Memang kita boleh sabar lagi, kami duduk dalam empat hingga lima hari di sekitar KLIA ini, kejap hotel sana kejap hotel sini, duit pun dah banyak habis," jelasnya ketika ditemui.
Marina menambah, beliau sebak dengan keadaan menimpanya dan jemaah yang lain.
"Ini pertama kali untuk mengerjakan haji, saya teruja, tapi bila benda itu dah terjadi kami reda... cuma cara yang berlaku itu kami kesal.
"Pergerakan kami diperkotak-katikkan, masa kami dipermainkan, dalam kalangan kami bukan semua yang senang, visa furada haji perlu duit yang banyak, tapi saya rasa ada yang kumpul duit seumur hidup," jelasnya lagi.
Difahamkan ada dalam kalangan jemaah tiba di Kuala Lumpur sejak 28 Jun lalu, namun penerbangan ditangguhkan atas alasan tertentu.
Tambah Marina, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.
Malah ada di antara jemaah dikatakan telah membuat laporan polis di KLIA pada Khamis berhubung kejadian itu.
"Kami reda, memang tahu dah, last flight (penerbangan terakhir) jam 2.00 pagi ini tidak mungkin kita sampai ke Jeddah dan boleh masuk, memang mustahil, setakat ini sahaja kami.
"Saya cuma nak beritahu kepada 'Tan Sri' itu tadi, tolong lah sedar... jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.
"Bukan senang orang nak lalui benda ini, kami faham mungkin nama kami tidak dipanggil Allah, kami reda. Tolong jangan buat macam ni, terutama kepada orang kampung yang susah payah," tegasnya lagi.
Turut berlaku kekecohan di luar KLIA apabila salah seorang agensi pelancongan dikerumuni jemaah yang inginkan penjelasan mengenai keadaan sebenar.
Bagaimanapun, selepas beberapa minit penjelasan diberikan, individu terbabit dilihat dibawa masuk oleh Polis Bantuan KLIA.
Astro AWANI cuba mendapatkan sebarang maklumat mengenai kejadian daripada pihak berwajib dari semasa ke semasa.
Fareez Azman
Thu Jul 07 2022

Pemerhatian Astro AWANI di KLIA mendapati rata-rata jemaah haji dilihat keletihan menunggu penerbangan dan visa perlepasan untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu. - Astro AWANI/Fareez Azman
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.

Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."

Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.

Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.