SHAH ALAM: Prihatin dengan pelbagai risiko yang perlu dihadapi jemaah haji dan umrah dalam cuaca ekstrem di Tanah Suci Mekah, syarikat takaful dari negara ini memberi perlindungan takaful kepada lima negara.
Perlindungan insurans takaful daripada Al Khairi Insurance Limited (AKIL) itu bukan sahaja dapat menjamin aspek penjagaan kesihatan jemaah malahan boleh menjimatkan perbelanjaan pengurusan jemaah.
Pengarah Urusan Kumpulan Al-Khairi Berhad, Datuk Seri Dr Mohd Khairi Mat Jahya berkata, menerusi inisiatif berkenaan, semua jemaah haji dan umrah dilindungi sepanjang tempoh perjalanan serta keberadaan mereka di Tanah Suci.
"Setakat ini, kita sudah menguruskan pemberian perlindungan ini kepada seramai 230,000 jemaah umrah dan 35,000 jemaah haji.
"Ia meliputi jemaah lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mencemar duli melawat Pusat Kesihatan Al-Bayt (AMC) di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain di Mekah.
Keberangkatan baginda yang turut diiringi Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin disambut Ketua Pegawai Eksekutif Medex Healthcare Services Limited (MEDEX), Dr Abdullah Zaher dan Pengarah Perubatan MEDEX, Dr Khaled Hamu.
Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau dan mendengar taklimat berkaitan inisiatif perlindungan takaful antara AKIL, MEDEX serta AMC yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bertitah mengingatkan jemaah haji dan umrah supaya mengutamakan aspek kesihatan ketika berada di Tanah Suci.
Titah baginda, kesihatan diri adalah faktor penting yang dapat menjamin kesempurnaan ibadah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 25 2024

Syed Faizuddin (tengah) berangkat ke Pusat Perubatan Albayt di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain, Mekah baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.