JEDDAH: Majoriti jemaah haji yang meninggal dunia pada musim haji 1445H ini adalah individu yang masuk tanpa visa haji dan dipercayai berada di Mekah menggunakan visa pelancong.
Laporan yang diterima Astro AWANI mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah haji bermula.
Menurut Kementerian Luar Negeri, Migrasi, Luar Negara Tunisia, kebanyakan jemaah mereka meninggal dunia menggunakan visa pelancongan, lawatan atau umrah.
Sementara itu, Pengarah Operasi dan Hal Ehwal Konsular di Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan, Dr Sufyan Qudrah turut mengakui, semua jemaah haji negara itu yang meninggal dunia atau hilang bukan sebahagian daripada delegasi rasmi mereka.
Sebaliknya, jemaah tersebut telah memasuki Arab Saudi dengan visa pelancongan dan tanpa permit haji.
"Individu-individu ini kekal di Mekah sehingga musim haji dan menunaikan haji tanpa kebenaran yang sewajarnya, tanpa sokongan daripada mana-mana syarikat atau entiti untuk menyediakan penginapan, makanan, atau perkhidmatan pengangkutan," jelasnya dalam satu laporan pada Rabu.
Mekah dilanda suhu panas luar biasa beberapa minggu sebelum musim haji bermula.
Keadaan itu berkekalan sehingga masuk musim haji, dengan suhu tertinggi mencecah sehingga 49 darjah Celcius.
Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dengan suhu panas sehingga mencecah 50 darjah Celcius di kota Mekah.
Jemaah yang tidak mempunyai visa haji yang sah lebih terdedah kepada bahaya panas terik dan risiko strok haba memandangkan mereka tidak mempunyai tempat penginapan khusus ketika berada di Arafah dan Mina.
Mereka juga terpaksa berjalan jauh untuk memenuhi tuntutan ibadah haji, sekali gus menyebabkan risiko kepenatan.
Kerajaan Arab Saudi pada Isnin melaporkan lebih 2,700 orang telah dirawat akibat strok haba.
Shafizan Johari
Wed Jun 19 2024

Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dengan suhu panas sehingga mencecah 50 darjah Celcius di kota Mekah. - Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Visa haji: Malaysia sokong langkah tegas, hukuman berat Arab Saudi
Langkah-langkah itu bertujuan memastikan keselamatan jemaah menunaikan haji dalam persekitaran yang selamat dan aman.

Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.

Jangan terperdaya agensi dakwa mampu keluar visa haji - Menteri Agama
Mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji diharap tidak terperdaya dengan agensi-agensi tertentu yang mendakwa mampu mengeluarkan visa atau permit haji.

Arab Saudi tangguh pemberian visa umrah sebagai persediaan musim haji 1445H
Pemberian visa umrah melalui aplikasi telefon pintar "Nusuk" ditangguhkan mulai Khamis, 23 Mei (15 Zulkaedah) hingga 21 Jun (15 Zulhijjah).

Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.

Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.

Tunai haji guna saluran yang betul - Tabung Haji
Orang ramai yang berhasrat menunaikan fardu haji disaran mengikut prosedur permohonan visa haji melalui saluran yang betul, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan di sini hari ini.

Penafian mengenai pembatalan kadar baru visa Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri dengan ini mengesahkan bahawa laporan mengenai pembatalan kadar baru visa Arab Saudi yang tersebar di dalam media tempatan dan antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

Naikkan caj visa hampir 6 kali ganda, kerajaan Arab Saudi terus terima kritikan
Peningkatan visa ini berikutan kempen untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak dan meningkatkan hasil dari sektor lain.