Orang ramai yang berhasrat menunaikan fardu haji disaran mengikut prosedur permohonan visa haji melalui saluran yang betul, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan di sini pada Isnin.
Kenyataan itu memberitahu permohonan mengerjakan haji warganegara Malaysia menetap di Malaysia tertakluk kepada giliran haji bakal jemaah mengikut tahun pendaftaran haji dan permohonan, kelulusan serta pengeluaran visa haji perlu diperoleh melalui Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.
"Permohonan untuk melaksanakan haji bagi visa haji Furada adalah di luar bidang kuasa TH. Namun begitu, kedua-dua permohonan visa haji tersebut mestilah dilaksanakan di Kuala Lumpur.
"Sistem e-Haj bagi visa haji yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi memerlukan pemohon melengkapkan data-data seperti perjanjian perumahan di Madinah dan Makkah; perjanjian pengangkutan pergi dan balik dari negara asal; perjanjian sajian makanan serta perjanjian bersama Muassasah," katanya.
Menurut kenyatan itu umum sedia maklum, warganegara Malaysia yang ingin berkunjung ke Arab Saudi pada bila-bila masa, memerlukan visa sama ada visa umrah, haji, ziarah, urusan perniagaan atau visa bekerja.
Kenyataan menjelaskan TH amat menitikberatkan isu keselamatan jemaah haji dan khuatir dengan tindakan beberapa pihak mutakhir ini yang ingin menunaikan ibadat haji melalui jalan darat seperti menggunakan basikal, motosikal dan kenderaan pacuan empat roda.
"Penggunaan jalan darat terdedah kepada risiko keselamatan, kemalangan, kegagalan mendapat visa sekali gus menghalang niat menunaikan haji," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman sebagai berkata TH sentiasa mematuhi prosedur permohonan visa haji dan permohonan luar daripada prosedur ditetapkan dan ketidakpatuhan proses boleh menjejaskan hubungan baik dua negara.
"Kelulusan visa haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi. Walaupun ada kemampuan kewangan, umat Islam perlu faham bahawa kewajipan haji merangkumi penggiliran dalam kuota haji, kesihatan dan keselamatan sepanjang perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019

TH sentiasa mematuhi prosedur permohonan visa haji dan permohonan luar daripada prosedur ditetapkan dan ketidakpatuhan proses boleh menjejaskan hubungan baik dua negara. - Foto Astro AWAN/Shahir Omar
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas di KLIA
Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyuarakan rasa kesal dengan berita mengenai kira-kira 380 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedutaan Arab Saudi tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak berhubung pengurusan haji 2022
Kedutaan Diraja Arab Saudi di Kuala Lumpur menegaskan ia tidak berkomunikasi dengan mana-mana pihak Malaysia dalam urusan pengaturan haji tahun ini (1443H/2022).

Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi dibebaskan, berlaku 'kecelaruan' identiti
Seorang lelaki warga Arab Saudi yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi tiga tahun lalu, dibebaskan.

Tunai haji guna saluran yang betul - Tabung Haji
Orang ramai yang berhasrat menunaikan fardu haji disaran mengikut prosedur permohonan visa haji melalui saluran yang betul, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan di sini hari ini.

IMAMS akan terus beri kerjasama kepada kerajaan
IMAMS yang merupakan lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia umrah di Malaysia adalah sistem terbaik buat masa ini bagi menangani isu-isu penipuan di sepanjang nilai rantaian umrah.