Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) Sdn Bhd akan terus memberikan kerja sama kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta pihak-pihak yang berkaitan dalam memastikan transisi peralihan kesemua data dan sistem perjalanan Umrah berlansung dengan baik dan lancar, demi menjaga kepentingan jemaah umrah.
Ia pada masa sama akur dengan arahan kerajaan untuk memberhentikan perkhidmatan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS) secara serta-merta pada 15 Disember lalu.
Dalam satu kenyataan media hari ini, syarikat itu memberitahu IMAMS merupakan satu lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia Umrah di Malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi IMAMS adalah sistem terbaik buat masa ini bagi menangani isu-isu penipuan di sepanjang nilai rantaian pengendalian umrah dan memperkasakan aktiviti pemantauan, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej umrah yang berada di pasaran secara lebih sistematik dan teratur.
Di samping dapat membantu agensi-agensi pelancongan memberikan perkhidmatan yang lebih efisien, IMAMS juga memberikan manafaat yang tinggi kepada para jemaah umrah.
Ini kerana IMAMS merupakan satu sistem bersepadu dan satu saluran yang berfungsi 24 jam untuk berkhidmat bagi menyelesaikan masalah penipuan secara khusus, sama ada dari segi urusan visa, jadual perjalanan semasa umrah, penginapan dan perlindungan insurans.
Malah Sistem IMAMS ini telah diperakui oleh Kedutaan Arab Saudi di Malaysia sebagai yang terbaik di dunia buat masa ini.
IMAMS sudah pun membuktikan keberkesanannya melalui berberapa sesi percubaan bersama pihak kedutaan dan pengendali pakej umrah Malaysia.
Pembatalan IMAMS dibuat berikutan maklum balas orang ramai dan pengendali pakej umrah berhubung sistem terbabit.
Dalam perkembangan lain, terdapat satu kenyataan yang tular di media sosial, di mana pencadang IMAMS dikatakan akan diberi pampasan.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika dihubungi Astro AWANI enggan mengulas lanjut kenyataan tersebut.
Selain itu, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut enggan memberi apa-apa kenyataan tentang isu tersebut.
Astro Awani
Tue Dec 19 2017

IMAMS Sdn Bhd akur dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. -Gambar fail/REUTERS

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Selangor tidak setuju PKP penuh, tapi akur jika diarahkan - Exco
"Kalau ada pilihan, kita tidak mahu 'lockdown' (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor. Tapi kalau diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Ordinan Darurat, maka kami akan patuh,".

IMAMS akan terus beri kerjasama kepada kerajaan
IMAMS yang merupakan lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia umrah di Malaysia adalah sistem terbaik buat masa ini bagi menangani isu-isu penipuan di sepanjang nilai rantaian umrah.