SHAH ALAM: "Kalau ada pilihan, kita tidak mahu 'lockdown' (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor. Tapi kalau diarahkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Ordinan Darurat, maka kami akan patuh," kata Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembanguan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud.
Mengulas mengenai syor PKP penuh yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini, Dr Siti Mariah berkata bagaimanapun langkah itu akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.
Pihaknya berpendapat PKP penuh sahaja tidak dapat mengelak jangkitan COVID-19 sepenuhnya, jika punca perebakan itu tidak dikawal dengan baik terutamanya yang berpunca dari kawasan industri hingga menjangkiti komuniti.
"Kita tak mahu orang tidak boleh keluar bekerja. Jadi untuk membolehkan mereka keluar kerja apa langkah yang patut kita buat, misalnya kita tumpukan pada kawasan yang mempunyai banyak kluster," katanya.
Selain itu, ujian saringan COVID-19 dan pemberian vaksin besar-besaran perlu dilakukan di Selangor, untuk memastikan PKP tersebut berkesan.
Setakat kelmarin seramai 3.3 peratus penduduk Selangor telah divaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
BACA: Kes COVID-19 terus naik di Selangor? KKM mungkin syor PKP penuh - Dr Adham
Dalam pada itu, walaupun kerajaan Persekutuan telah menjanjikan vaksin percuma untuk seluruh rakyat dan penduduk Malaysia, kerajaan Negeri Selangor telah menyatakan hasrat untuk membeli vaksin bagi kegunaan kumpulan yang diberi keutamaan.
"Kita telah maklumkan kepada kerajaan pusat bahawa Selangor akan memberi tumpuan kepada golongan pekerja, kerana negeri ini sangat bergantung kepada kilang dan industri dengan sumbangan hampir 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia," katanya.
Oleh itu, Selangor mengambil inisiatif untuk membeli vaksin, dan majikan juga sanggup untuk membeli vaksin ini bagi kegunaan pekerja mereka, kerana tidak mahu mengalami kerugian kerana penutupan kilang-kilang akibat kes COVID-19.
Dalam perkembangan lain Dr Siti Mariah berkata, kerajaan negeri menerusi Selgate Corporation juga telah menempah 2.5 juta dos vaksin, salah satu daripada tiga pembekal vaksin iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca, yang dijangka tiba pada Jun ini.
"Kita sudah sampai peringkat akhir (perbincangan dan pembelian), (dijangka) dalam minggu hadapan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, akan umum tentang vaksin berkenaan," katanya.
Setakat ini, sebanyak 3,500 syarikat di negeri ini telah menyatakan minat untuk membeli vaksin diperoleh kerajaan negeri melalui program SElangkah VAX, program vaksinasinasi di bawah SElangkah dan akan memberi manfaat lebih 1 juta pekerja bagi sektor perindustrian.
"Bagi peniaga dan kilang kecil, perusahaan kecil dan sederhana (SME), kerajan akan memberi vaksin percuma kepada mereka," katanya.
Mengulas berhubung program Saringan Komuniti SELangkah yang telah dijalankan di 10 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 8 Mei lalu, Dr Siti Mariah berkata seramai 643 individu positif daripada lebih 11,000 yang hadir pada program tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Dr Siti Mariah berkata PKP penuh akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu. - Gambar fail/ Astro AWANI
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.

Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.