GEORGE TOWN:Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Pulau Pinang hari ini disahkan positif Covid-19.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata pegawai tersebut disahkan positif semalam.
Menurut Rozali, pegawai berkenaan sebelum ini bertugas dan hadir ke pejabatnya di Menara Bandaraya pada 25 November lalu sebelum dimasukkan ke hospital enam hari kemudian.
Justeru, sebagai langkah pencegahan pihak pengurusan telahpun mengenal pasti semua kakitangan dan pegawai lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan dan mereka telah diarah bekerja dari rumah.
Sementara itu, Rozali berkata beberapa jabatan di Menara MBSP dan Jabatan Landskap Kampung Jawa telah ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh.
"Untuk makluman orang awam, operasi MBSP di kaunter berpusat masih berjalan seperti biasa, dan bagaimanapun, mereka lebih digalakkan untuk membuat pembayaran atau mendapatkan lain-lain perkhidmatan MBSP secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Rozali menasihatkan penduduk Seberang Perai supaya tidak panik kerana keadaan adalah terkawal dan berada dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 03 2020

Pegawai berkenaan sebelum ini bertugas dan hadir ke pejabatnya di Menara Bandaraya pada 25 November lalu sebelum dimasukkan ke hospital enam hari kemudian. -Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow
Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan.

Taman tema air di Bertam boleh beroperasi semula
MBSP telah luluskan permohonan lesen kepada pemilik Bertam Souk and Water Park pada Jumaat lalu.

Tapak perkhemahan Suling Hill, Penanti diarah tutup serta-merta
MBSP mengarahkan menghentikan aktiviti tapak perkhemahan tersebut serta-merta kerana berisiko kerana berada di kawasan yang mempunyai cerun.

Gagal patuh SOP, tapak binaan diarah tutup 7 hari, kontraktor dan majikan dikompaun RM35,000
Kompaun RM25,000 dikenakan kerana pekerja-pekerja tidak membuat ujian calitan COVID-19, manakala RM10,000 lagi kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pasar Awam Bagan Ajam ditutup tiga hari
Pasar Awam Bagan Ajam ditutup tiga hari bermula 12 tengah hari tadi, selepas didapati ada jangkitan kes positif COVID-19.

Kakitangan MBSP positif COVID-19
Pegawai berkenaan sebelum ini bertugas dan hadir ke pejabatnya di Menara Bandaraya pada 25 November lalu sebelum dimasukkan ke hospital enam hari kemudian.

26 ladang babi dikesan buang sisa kumbahan ke sungai
Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini didapati membuang sisa kumbahan dan najis secara terus ke dalam sungai di kawasan itu.

MPSP diumum naik taraf kepada Majlis Bandaraya selepas Aidilfitri
Status naik taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan diumum selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.