KEPALA BATAS: Taman tema air Bertam Souk and Water Park di Kepala Batas, Pulau Pinang yang ditutup sementara pada 28 Disember lepas sudah beroperasi semula selepas mendapat lesen daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
MBSP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah meluluskan permohonan lesen kepada pemilik taman tema air berkenaan pada Jumaat lalu.
Menurut kenyataan tersebut, kelulusan yang diberikan adalah pada tarikh sama premis itu mendapat kelulusan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) bagi taman tema air terbabit.
"Pihak MBSP berharapkan dengan pembukaan semula taman tema ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung dan menjadi tarikan pelancongan yang baharu dikawasan Seberang Perai," kata MBSP dalam kenyataan itu lagi.
Pada 28 Disember lepas, taman tema air itu diarah tutup sementara oleh MBSP kerana beroperasi tanpa kebenaran dan tidak mematuhi peruntukan enakmen hiburan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.
Taman tema yang bernilai RM90 juta itu mula beroperasi 15 Disember lalu selepas tertangguh sejak sekian lama akibat beberapa masalah termasuk pandemik COVID-19.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jan 07 2023

Bertam Souk and Water Park di Kepala Batas, Pulau Pinang yang ditutup sementara pada 28 Disember lepas sudah beroperasi semula selepas mendapat lesen daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

Sunway Lagoon dibuka semula, patuhi semua SOP KKM
Persediaan menyeluruh telah dilakukan terutama dari segi kebersihan dan keselamatan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Taman Tema Bukit Merah tutup dua bulan
Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort akan ditutup selama dua bulan bagi membolehkan kerja-kerja menambah tarikan baharu dan penambahbaikan kawasan tersebut.

Selebriti Filipina dakwa anak-anaknya jadi mangsa gangguan seksual di taman tema di Malaysia
Ruffa Gutierrez mendakwa sekumpulan lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur lucah serta cuba mengambil gambar dua anak gadisnya.