Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dijangka dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kabinet telah meluluskan permohonan penaiktarafan tersebut pada minggu lalu.
Ujarnya, keputusan itu boleh dianggap sebagai 'bonus' hari raya untuk Pulau Pinang apabila MPSP akan menjadi bandar raya selepas ini.
"Saya juga ada buat pengumuman naik taraf Seberang Perai kepada Majlis Bandaraya dah diluluskan kabinet dan pengumuman peringkat negeri akan dibuat kemudian.
"Saya ingat minggu lepas dapat keputusan kabinet, saya ingat (umum) lepas rayalah. Ya, bonus raya untuk Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Ditanya berhubung jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai sama ada akan dinaikkan kepada jawatan Datuk Bandar MBSP, Zuraida berkata perkara itu perlu ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Infaq Perdana Ramadan anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara di George Town pada Ahad.
Penaiktarafan status itu bakal menjadikan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini berstatus bandar raya selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghantar permohonan untuk menaik taraf status MPSP kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Disember lepas.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun May 19 2019

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kabinet telah meluluskan permohonan penaiktarafan tersebut pada minggu lalu. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam.

MBPP angkut satu tan barang lusuh simpan di rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang memungut satu tan barangan lusuh yang menimbulkan gangguan kepada penduduk sekitar dari sebuah rumah teres dua tingkat di daerah Barat Daya.

Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.

Mahkamah Persekutuan batal kebenaran merancang bangun perumahan di lereng bukit di P. Pinang
Penghuni sebuah kondominium di Sungai Ara, Pulau Pinang hari ini memenangi rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

RFP perkhidmatan teksi air di P. Pinang mulai Isnin
Kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melaksanakan tender terbuka secara permintaan cadangan (RFP) untuk menyediakan perkhidmatan teksi air bermula Isnin.

Penghuni cedera bumbung asrama anak yatim runtuh dibenar keluar hospital
Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama itu runtuh dalam kejadian malam tadi.

Sindiket sami palsu berleluasa di Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan sami palsu yang semakin berleluasa di sekitar negeri itu.

Tiga premis makanan di P.Pinang diarah tutup kerana kotor, ada najis tikus
Ia didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan termasuk penemuan najis tikus di dalam premis.

Pembinaan Tembok Laut Padang Kota Lama ambil kira aspek keselamatan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengambil kira aspek keselamatan ketika pembinaan tembok penahan ombak dan sesiaran pejalan kaki.

COVID-19: Pasar Chowrasta, Lebuh Cecil diarah tutup
Bagi Pasar Chowrasta pula ia melibatkan 157 gerai di dalam pasar, 56 gerai di medan selera dan 62 gerai sementara yang berada di luar pasar berkenaan.