GEORGE TOWN: Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama itu runtuh dalam kejadian malam tadi, dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Yang Dipertua Persekutuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, mangsa masing-masing berusia lapan, 10 dan 13 tahun yang dirawat di Hospital Pulau Pinang selepas terselamat dalam kejadian tersebut dibenarkan pulang kira-kira 8 pagi tadi.
"Berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian doktor, mereka dalam keadaan baik dan telah dibenarkan pulang hari ini namun masing-masing dalam keadaan sedikit trauma susulan kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian itu, pihak bomba menerima laporan pada 9.42 malam bahawa berlaku runtuhan di wisma yang menempatkan 30 penghuni perempuan berusia tujuh hingga 18 tahun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong dilaporkan berkata sebaik pihak bomba tiba, mereka mendapati ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan akibat dihempap bumbung di bilik asrama dan berjaya dibawa keluar oleh dua warden serta rakan-rakan.
Mohd Yussof berkata ketika ini kesemua penghuni perempuan ditempatkan sementara di Pusat Serantau Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor dan akan dipindahkan ke Wisma Yatim Lelaki Islam Pulau Pinang di Air Itam dua hari lagi.
Katanya wisma lelaki itu mempunyai dua blok dan hanya menempatkan seramai 20 penghuni namun pihaknya perlu menyiapkan beberapa kelengkapan di asrama seperti katil dan sebagainya bagi membolehkan penghuni wanita menetap sementara di situ.
Beliau berkata bangunan Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang itu telah diselenggara setiap tahun mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Kejadian bumbung runtuh di asrama wisma itu adalah kemalangan yang berlaku di luar jangka dan pihak kami akan membaiki struktur bumbung yang runtuh namun pemulihan struktur ini dijangka mengambil sedikit masa.
''Kejadian ini memang kita tidak sangka kerana penyelenggaraan bangunan dijalankan setiap tahun mengikut akta dan peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.
Menurutnya ketika ini siasatan masih dijalankan oleh agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan beberapa agensi lain manakala kerja-kerja membaiki akan dijalankan selepas selepas siasatan selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022
Tiga penghuni di Wisma Anak Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama runtuh dalam kejadian malam tadi. - fotoBERNAMA
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
Penghuni cedera bumbung asrama anak yatim runtuh dibenar keluar hospital
Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama itu runtuh dalam kejadian malam tadi.