Jelas Exco Kerajaan Negeri Melaka itu, ini kerana keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
Tambahnya, tidak semua orang tahu dan ada ilmu sebagaimana sebilangan umat Islam yang sedia maklum memahami hukum-hakam dalam Islam.
"Sama juga garis panduan peraturan jalan raya, ramai yang ada lesen sendiri pun masih tidak tahu undang-undang sedia ada... Malah ada lagi yang memandu secara mabuk.
"Jadi garis panduan ini adalah sumber rujukan. Bukan maksud tidak tahu, tetapi kadang-kadang kita terlupa dan garis panduan ini sebagai peringatan," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
Pada Jumaat, Anwar menegaskan Kabinet telah memutuskan bahawa garis panduan yang dicadangkan tidak perlu.
Bercakap kepada pemberita semasa lawatannya ke kuil Hindu di Batu Caves bersama Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Anwar berkata garis panduan itu tidak perlu kerana umat Islam tahu garis mereka.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal turut memberi amaran kepada golongan bukan Islam agar tidak perlu terlibat atau campur tangan dalam polemik garis panduan berkenaan.
"Apa lagi garis panduan untuk orang Islam yang mana terpakai untuk orang Islam sahaja.
"Yang bukan Islam tidak perlu terlibat pun dan tidak perlu campur tangan. As simple as that," katanya. - Sinar Harian
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)