MBPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan pemeriksaan di tiga premis dan mendapati tahap kebersihan semua premis itu tidak memuaskan.
"MBPP menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bahagian dapur, tempat basuhan, tempat penyimpanan makanan, longkang dan parit sebelum menemui najis tikus di beberapa lokasi di situ.
"Susulan itu tiga premis tersebut telah diarahkan tutup serta merta semalam selama 14 hari," menurut MBPP menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
MBPP memaklumkan selain gagal menyediakan kawalan makhluk perosak secara berjadual, pemeriksaan terhadap alatan perangkap minyak mendapati pengusaha juga tidak mematuhi penjadualan pembersihan hingga menyebabkan berlaku masalah perparitan serta punca longkang awam tersumbat.
-- BERNAMA