Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
Parkir LPR menggunakan sokongan pengecaman nombor plat. Ini sekali gus membolehkan anda kekal memandu tanpa perlu membuka tingkap kenderaan.
Selain itu, ia juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu melakukan pembayaran manual di kaunter tiket, mahupun menyentuh kad pada terminal.

Buat masa ini, lokasi yang menyokongnya masih terhad, namun dijangka ditambah secara berperingkat dari masa ke semasa.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet, anda boleh ke menu Parkir LPR, seterusnya menambah nombor plat kenderaan, serta mengaktifkan ciri berkenaan melaluinya.
Pembayaran parkir akan menggunakan baki wang pada dompet digital Touch n Go eWallet.

Selain TNG eWallet, pihak Setel turut menawarkan ciri lebih kurang sama melalui aplikasi mereka.
