Ketua jurulatih, Peter Cklamovski, mengumumkan senarai 27 pemain bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim 25 Mac ini.
Apabila menyaksikan nama Faisal Halim, ramai yang cukup teruja apabila kembalinya nama seorang pemain mesra disapa 'Mickey', bersusuk tubuh kecil namun cukup lincah di atas padang.
Faisal sendiri teruja apabila namanya kembali tersenarai, dan dia tidak sabar untuk menyambar peluang andai diberi tanggungjawab untuk turun beraksi.
"Syukur Alhamdulillah, dapat menerima panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan buat pertama kali sejak mengalami insiden sebelum ini.
"Hampir tidak bersama skuad kebangsaan. Saya sangat terharu, sudah tentu teruja untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.
"Permulaan baru, semangat baru buat saya dalam kancah bola sepak dalam membantu skuad kebangsaan. Ini adalah peluang terbaru buat saya, peluang ini menjadi peluang buat pemain mendapatkan semua semangat.
"Kehadiran jurulatih baru ini datang mengenali pasukan kebangsaan. Semua pemain ternanti-nanti pendekatannya, ini adalah baik buat pasukan dan pemain." -- Stadium Astro
