MBDK menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, ia hasil pemantauan Jabatan Kesihatan MBDK dan pemeriksaan terhadap enam premis makanan di sekitar pusat bandar Klang.
"Sebanyak enam premis makanan diperiksa dan empat premis makanan diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Peruntukan 62 (1)(b) UUK Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007 kerana didapati premis tidak sanitasi," menurut hantaran itu.
Pihak berkuasa tempatan itu menjelaskan, antara kesalahan yang dikesan ialah terdapat najis tikus dan kehadiran lipas di bahagian penyimpanan makanan di premis makanan berkenaan.
Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati premis makanan yang diperiksa tidak mempunyai perangkap minyak dan tahap kebersihan di ruang penyediaan makanan juga tidak memuaskan.
"Premis diarah tutup bermula 30 Julai 2024 sehingga 12 Ogos 2024," tambahnya.
https://www.sinarharian.com.my/article/677807/edisi/selangor-kl/kedai-makan-ada-najis-tikus-lipas-ditutup-14-hari