BALIK PULAU: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memungut satu tan barangan lusuh yang menimbulkan gangguan kepada penduduk sekitar dari sebuah rumah teres dua tingkat di daerah Barat Daya, di sini hari ini.
MBBP menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya terpaksa menggunakan lori untuk mengangkut kesemua longgokan barangan lusuh itu selepas pemiliknya sengaja membiarkan kawasan kediamannya dalam keadaan semak dan menjijikkan.
Tindakan itu diambil menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan-jabatan dalaman MBPP termasuk Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
"Rumah itu telah didapati menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh dan berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 82, MBPP telah mengeluarkan notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemiliknya 14 Mei lepas.
"Pemilik rumah itu telah dengan sengaja tidak mengambil sebarang tindakan pembersihan dan masih membiarkan premis beliau dalam keadaan yang meloyakan, dia juga akan dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan bagi kerja-kerja menghapus kacau ganggu," menurut hantaran tersebut.
MBPP turut memaklumkan pihak polis berjaya mengawal situasi dan emosi pemilik rumah yang cuba bertindak agresif menghalang pegawai MBPP melaksanakan kerja-kerja menghapus kacau ganggu, sementara pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya telah menjalankan pemeriksaan bekas-bekas berpotensi untuk pembiakan nyamuk dan menemui jentik-jentik di dalamnya.
"Tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sedang dipertimbangkan kerana pemilik tidak mematuhi Notis Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana mengakibatkan premisnya menjadi tempat pembiakan jejentik yang boleh membawa kepada penyebaran wabak denggi," menurut hantaran itu.
Operasi bersepadu itu bermula 8 pagi dan tamat pada 10.50 pagi tadi sehingga kawasan pekarangan rumah tersebut telah dibersihkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
![MBPP angkut satu tan barang lusuh simpan di rumah MBPP angkut satu tan barang lusuh simpan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716892768_TBMBPP.jpg)
Operasi bersepadu itu bermula 8 pagi dan tamat pada 10.50 pagi tadi sehingga kawasan pekarangan rumah tersebut telah dibersihkan sepenuhnya. - Foto FB MBPP
!['Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang 'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738978648_sultanpahang.jpg)
'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25 Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738975632_jemputisteribalik.jpg)
Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.
![Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738978105_sultanpahang.jpg)
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
AWANI Pagi: Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temu bual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738682250_DonaldTrump.jpg)
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut bilangan ejen yang akan dipecat dan bila pemecatan akan dibuat.
![ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738971216_TomokoAkane.jpg)
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Tindakan tersebut mengancam kebebasan dan peranan penting mahkamah dalam menegakkan keadilan kepada mangsa kekejaman global.
![Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738977452_sultanpahang.jpg)
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai produk tarikan pelancongan.
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726242341_Adanajistikustig.jpg)
Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam.
![MBPP angkut satu tan barang lusuh simpan di rumah MBPP angkut satu tan barang lusuh simpan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716892768_TBMBPP.jpg)
MBPP angkut satu tan barang lusuh simpan di rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang memungut satu tan barangan lusuh yang menimbulkan gangguan kepada penduduk sekitar dari sebuah rumah teres dua tingkat di daerah Barat Daya.
![Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715051572_TBpenang.jpg)
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
![Mahkamah Persekutuan batal kebenaran merancang bangun perumahan di lereng bukit di P. Pinang Mahkamah Persekutuan batal kebenaran merancang bangun perumahan di lereng bukit di P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670996979_IstanaKehakiman.jpg)
Mahkamah Persekutuan batal kebenaran merancang bangun perumahan di lereng bukit di P. Pinang
Penghuni sebuah kondominium di Sungai Ara, Pulau Pinang hari ini memenangi rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
![RFP perkhidmatan teksi air di P. Pinang mulai Isnin RFP perkhidmatan teksi air di P. Pinang mulai Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670562465_zairilkhirjohari.jpg)
RFP perkhidmatan teksi air di P. Pinang mulai Isnin
Kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melaksanakan tender terbuka secara permintaan cadangan (RFP) untuk menyediakan perkhidmatan teksi air bermula Isnin.
![Penghuni cedera bumbung asrama anak yatim runtuh dibenar keluar hospital Penghuni cedera bumbung asrama anak yatim runtuh dibenar keluar hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667979023_penghunidiWisma.jpg)
Penghuni cedera bumbung asrama anak yatim runtuh dibenar keluar hospital
Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama itu runtuh dalam kejadian malam tadi.
![Sindiket sami palsu berleluasa di Pulau Pinang Sindiket sami palsu berleluasa di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663752119_monkgeneric.jpg)
Sindiket sami palsu berleluasa di Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan sami palsu yang semakin berleluasa di sekitar negeri itu.
![Tiga premis makanan di P.Pinang diarah tutup kerana kotor, ada najis tikus Tiga premis makanan di P.Pinang diarah tutup kerana kotor, ada najis tikus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658914522_Premismakan.jpg)
Tiga premis makanan di P.Pinang diarah tutup kerana kotor, ada najis tikus
Ia didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan termasuk penemuan najis tikus di dalam premis.
![Pembinaan Tembok Laut Padang Kota Lama ambil kira aspek keselamatan Pembinaan Tembok Laut Padang Kota Lama ambil kira aspek keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652720517_Laluanbawahpejalan.jpg)
Pembinaan Tembok Laut Padang Kota Lama ambil kira aspek keselamatan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengambil kira aspek keselamatan ketika pembinaan tembok penahan ombak dan sesiaran pejalan kaki.
![COVID-19: Pasar Chowrasta, Lebuh Cecil diarah tutup COVID-19: Pasar Chowrasta, Lebuh Cecil diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631662341_TBPASARCHOWRASTA.jpg)
COVID-19: Pasar Chowrasta, Lebuh Cecil diarah tutup
Bagi Pasar Chowrasta pula ia melibatkan 157 gerai di dalam pasar, 56 gerai di medan selera dan 62 gerai sementara yang berada di luar pasar berkenaan.