GEORGE TOWN:Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini didapati membuang sisa kumbahan dan najis secara terus ke dalam sungai di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri Dr. Norlela Ariffin berkata pada masa ini Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah merujuk pemilik ladang babi itu ke mahkamah sementara menunggu Enakmen serta Peraturan Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2020 dikuatkuasakan, tahun depan.
"Menerusi enakmen itu juga, tindakan perobohan ladang-ladang penternakan babi yang tidak mengikuti syarat termasuk membuang sisa ke dalam sungai boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Sri Pinang hari ini.
Beliau berkata sementara enakmen tersebut dikuatkuasakan pada 1 Jan 2021, pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran sungai disebabkan pelepasan kumbahan dari ladang babi tersebut.
"Antaranya, bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan memasang perangkap di kawasan parit supaya sisa kumbahan ladang babi tidak terus masuk ke sungai. Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melupuskan sisa pepejal babi termasuk menukarnya bagi industri biogas," katanya.
Norlela berkata menerusi enakmen itu juga, semua pemilik ladang ternak babi perlu menaik taraf ladang mereka kepada ladang tertutup dan perlu memastikan ladang itu memiliki keluasan yang mencukupi untuk membina kolam kumbahan supaya sisa tidak terus dibuang ke dalam sungai.
Persidangan dewan bersambung esok.
- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 15 2020
Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor didapati membuang sisa kumbahan dan najis secara terus ke dalam sungai. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
26 ladang babi dikesan buang sisa kumbahan ke sungai
Sebanyak 26 ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini didapati membuang sisa kumbahan dan najis secara terus ke dalam sungai di kawasan itu.