GEORGE TOWN: Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan mengenai penganjuran konsert berkenaan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihak penganjur juga diminta berurusan dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk tindakan selanjutnya.
Konsert berkenaan dijangka diadakan pada 30 September depan namun mendapat bantahan pelbagai pihak.
"Saya difahamkan pihak penganjur pun telah bersetuju untuk pindah lokasi dan sekarang ini mereka boleh uruskan perkara tersebut dengan MBSP sebagai pihak yang mengeluarkan permit. Berkenaan tarikh saya tidak ada maklumat...ya konsert akan berpindah ke stadium Batu Kawan," kata Kon Yeow hari ini.
Beliau sebelum itu hadir merasmikan majlis STEM Showcase ’23, sempena Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Han Chiang, Jelutong.
Semalam, Timbalan Ketua Menteri I , Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid meminta MBSP membatalkan kelulusan Konsert Viral Lagu Tik Tok yang dijadualkan berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas pada 30 September depan.
Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam berkata, konsert berkenaan telah mendapat bantahan penduduk setempat yang dianggap tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, lebih-lebih lagi ia akan diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul.
Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar surat bantahan untuk pertimbangan membatalkan konsert terbabit yang didapati tidak bersesuaian diadakan di kawasan berkenaan.
Isnin lalu, tular poster memaparkan beberapa artis tempatan dan Indonesia yang akan mengadakan Konsert Viral Lagu-Lagu Tik Tok Malaysia-Indonesia di Kepala Batas yang ia mendapat tentangan warganet dan penduduk tempatan yang majoritinya beragama Islam.
Difahamkan Datuk Bandar MBSP akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dalam masa terdekat.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 25 2023

Kon Yeow berkata, pihak penganjur juga diminta berurusan dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Astro AWANI

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow
Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan.