SEREMBAN: Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita berumur 20 hingga 44 tahun selepas dipercayai terlibat dengan penipuan jual beli telefon bimbit dalam beberapa serbuan di Shah Alam, Selangor pada Ahad lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban membuat serbuan itu selepas menerima satu laporan yang dibuat seorang wanita pada hari sama berkenaan penipuan pembelian satu unit telefon bimbit jenis Iphone.
"Dalam serbuan itu, polis telah merampas sebuah kereta, 10 unit telefon bimbit, 10 kad sim pelbagai nombor dan kad ATM pelbagai bank.
"Turut dirampas tiga helai seluar dan dan tiga helai baju dipercayai telah dipakai suspek semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, berdasarkan siasatan yang dijalankan setakat ini, suspek mengaku mula menjalankan penipuan itu pada tahun 2017 dan semakin aktif pada tahun 2020 sehingga sekarang menggunakan modus operandi sama melibatkan lebih kurang 50 mangsa.
"Setakat ini juga, kita telah mengenal pasti sebanyak 20 laporan polis membabitkan jumlah kerugian bernilai RM60,000 yang mana telefon yang diperolehi akan dijual kepada individu lain.
"Sebanyak 11 kes disiasat di Negeri Sembilan manakala sembilan kes lain melibatkan negeri-negeri lain.
"Semua yang ditangkap masih dalam tahanan reman dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan bagi menuduh kesemua suspek terlibat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, mana-mana mangsa yang pernah ditipu oleh suspek diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membuat urusan jual beli sama ada secara dalam talian ataupun bersemuka," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Feb 25 2022

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membuat urusan jual beli sama ada secara dalam talian ataupun bersemuka.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.

Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.

Polis belum terima laporan data MyKad dijual di 'dark web'
Polis belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan data kad pengenalan atau MyKad milik rakyat negara ini dijual menerusi 'dark web' atau laman web tertutup.

Unit Siber Teknikal dan Taktikal JSJK ditubuhkan tangani jenayah siber
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata 17 perjawatan telah diisi bagi membolehkan unit berkenaan memulakan operasi fasa pertama.

Kes latihan penerbangan: Polis terima 11 laporan, siasatan terperinci sedang dijalankan
Satu daripada laporan itu diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) manakala 10 lagi daripada pelatih yang jadi mangsa.

Warga emas sasaran berkualiti 'scammer'
Polis menerima 21,535 laporan berkait penipuan dalam talian dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

12 rakyat Malaysia ditahan kes pengubahan wang haram guna akaun Singapura
Melalui siasatan dan pengumpulan bukti yang berpanjangan, sebuah sel pengubahan wang haram yang beroperasi di Johor, Malaysia telah dikenal pasti.

18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis
Jumlah kerugian berkaitan kes-kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Ogos tahun ini.

10 ditahan, sindiket pelaburan 'Warburg Pincus' tumpas
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan yang beroperasi di platform media sosial dengan menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan, Warburg Pincus, membabitkan kerugian lebih RM21 juta.