KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga asing awal bulan ini kerana disyaki menipu pengubahsuaian dalaman rumah dan pembelian perabot serta barangan elektrik melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua warganegara Singapura dan Bangladesh berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan di Jalan Kerinchi Kiri 2, Pantai Dalam, di sini pada 5 Nov lepas susulan polis menerima laporan penipuan ubah suai rumah.
Beliau berkata mereka dipercayai memperdaya pemilik unit kondominium yang terdiri daripada golongan profesional menerusi modus operandi seperti menawarkan pakej ubah suai dalaman rumah, pembelian barangan perabot atau elektrik serta mendapatkan penyewa di rumah mangsa.
"Mangsa yang telah membuat pembayaran akan diberi gambar atau video perabot atau barangan elektrik dipasang di rumah mangsa seperti pakej yang ditawarkan namun mangsa kemudian mendapati perabot atau barangan elektrik yang dipasang tersebut telah tiada.
"Siasatan mendapati suspek telah membuka perabot atau barangan elektrik di rumah mangsa selepas menunjukkan gambar atau video, kemudian memasang barangan terbabit di rumah mangsa lain bagi memperdaya mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.
Beh mendedahkan terdapat satu kes dengan mangsa menerima gambar ubah suai dalaman rumah telah siap 80 peratus namun sebaik mangsa tiba di rumah, suspek bertindak mengubah kunci rumah sehingga mangsa terpaksa memanggil tukang kunci.
"Apabila mangsa membuka pintu rumahnya, mangsa mendapati tiada sebarang perabot di rumah seperti gambar dihantar suspek," katanya dan menambah pihaknya sedang mengesan seorang suspek utama sindiket itu yang berusia 47 tahun.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Beh sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang pakej pengubahsuaian rumah dengan harga menarik dan membuat pengesahan yang ditawarkan tanpa bergantung kepada gambar-gambar yang ditunjukkan oleh kontraktor sebelum membuat pembayaran.
"Sebarang maklumat berhubung kes-kes jenayah komersial, sila hubungi IPD Daerah Sentul di talian 03-40482222 atau ASP Fitri Abdullah 011-12353551," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021

Kedua-dua suspek itu ditahan di Jalan Kerinchi Kiri 2, Pantai Dalam, pada 5 Nov lepas susulan polis menerima laporan penipuan ubah suai rumah. - Gambar hiasan

Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai
Rusia akan berkeras untuk menyediakan jaminan keselamatan bagi memeterai perjanjian damai, termasuk status neutral Ukraine dan penolakan penyertaannya dalam NATO.

Insiden tampar lelaki kerana makan di bulan Ramadan satu provokasi - Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang menegaskan tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Studio filem milik pengarah 'Avengers: Endgame' guna AI bantu artis berkarya
Russo bersaudara mendedahkan mereka sedang menguji bagaimana AI boleh digunakan untuk membantu artis.

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat
Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang.

Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
MAPIM menggesa rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara di Gaza.

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.33 mata kepada 1,526.48 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas.

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Ubah suai rumah ala kuil: Pemilik telah didakwa di mahkamah
Pendakwaan terhadap pemilik kediaman itu dilakukan mengikut Peruntukan Seksyen 70(13) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

MPAJ keluar 62 notis ubah suai rumah flat tanpa kebenaran
Ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.

KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.

Bekas pengurus kanan GLC ditahan terima suapan RM170,000
Suspek lelaki berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Seorang lagi suspek penipuan ubah suai dalaman rumah ditahan
Sebelum ini suspek merupakan saksi kepada kes ini namun hasil siasatan mendapati dia bertindak sebagai pemilik akaun bagi penipuan itu.

Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah
Ia melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550.

"Nyawa kome aku ambik, ingat!" si tanggang ugut ibu kerana duit
Suspek berusia 48 tahun menumbuk dan mengugut untuk membunuh ibunya selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM40,000.