KUALA LUMPUR: Pemilik rumah disaran memahami syarat dan terma dalam perjanjian urusan pembinaan dengan pihak kontraktor bagi mengelak menjadi mangsa penipuan pengubahsuaian rumah.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.
"Sampel perjanjian itu menyenaraikan tanggungjawab dan obligasi kontrak semua pihak yang terlibat dalam projek pengubahsuaian dan ia sangat mudah difahami.
"Selain itu, pemilik rumah juga dimaklumkan mengenai kos terkini bahan binaan, buruh serta undang-undang dan peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap kerja-kerja pengubahsuaian," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran video Persatuan Rakan-Industri Rekabentuk Dalaman Malaysia (MIIP) bertajuk 'Jangan Jadi Mangsa Penipuan Kontraktor Pengubahsuaian Dalam Talian' sebagai sebahagian daripada usaha melindungi pengguna dan integriti industri.
Turut hadir, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang menerima kira-kira 30 aduan berkaitan penipuan pengubahsuaian dengan mangsa mengalami kerugian jutaan ringgit.
Dalam ucapannya dalam majlis itu, Teresa berkata kebanyakan mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai perjanjian pembinaan yang betul dan tidak tahu bagaimana untuk meminta agar satu perjanjian dibuat semasa rundingan menjalankan projek pengubahsuaian.
"Justeru, saya menghargai CIDB kerana berusaha mewujudkan contoh perjanjian pembinaan dan mendidik orang ramai khususnya pemilik rumah mengetahui hak asas mereka dalam perkara ini," katanya.
Pemilik rumah atau kontraktor yang menghadapi isu berkaitan projek pengubahsuaian disaran membuat aduan kepada CIDB di talian 03-55673300 atau mengisi borang e-Bantuan di https://www.cidb.gov.my/e-bantuan/.
Video tersebut boleh ditonton di laman rasmi MIIP di https://miip.com.my adan platform media sosial mulai lewat malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB oleh pemilik rumah untuk memudahkan pemahaman tentang perkara pembinaan. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Ubah suai rumah ala kuil: Pemilik telah didakwa di mahkamah
Pendakwaan terhadap pemilik kediaman itu dilakukan mengikut Peruntukan Seksyen 70(13) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

MPAJ keluar 62 notis ubah suai rumah flat tanpa kebenaran
Ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.

KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.

Bekas pengurus kanan GLC ditahan terima suapan RM170,000
Suspek lelaki berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Seorang lagi suspek penipuan ubah suai dalaman rumah ditahan
Sebelum ini suspek merupakan saksi kepada kes ini namun hasil siasatan mendapati dia bertindak sebagai pemilik akaun bagi penipuan itu.

Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah
Ia melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550.

"Nyawa kome aku ambik, ingat!" si tanggang ugut ibu kerana duit
Suspek berusia 48 tahun menumbuk dan mengugut untuk membunuh ibunya selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM40,000.