NILAI : Pemilik sebuah rumah di Taman Surian, Mantin, di sini, yang melakukan kerja ubah suai kediaman tanpa kelulusan telah dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Seremban sebelum ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, pendakwaan terhadap pemilik kediaman itu dilakukan mengikut Peruntukan Seksyen 70(13) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Menurutnya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduanya.
"Mahkamah telah mendapati pemilik berkenaan bersalah dan telah dikenakan hukuman denda, penjara sekiranya jumlah denda tidak dijelaskan.
"Berikutan sabitan bersalah tersebut, pemilik tidak dibenarkan melaksanakan sebarang kerja-kerja pembinaan di premis tersebut sehinggalah mendapat kelulusan daripada MBS," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Masri berkata, sehingga kini, MBS masih belum menerima sebarang permohonan kelulusan pelan daripada pemilik dan pihaknya sentiasa memantau premis tersebut bagi memastikan kerja-kerja pembinaan tidak dijalankan.
"Sebelum ini juga kami telah mengeluarkan notis arahan dan sitaan di tapak binaan sebanyak tiga kali kepada pemilik premis bagi memberhentikan kerja-kerja binaan dan merobohkan binaan tambahan tersebut," katanya.
Dalam pada itu katanya, warga bandar raya Seremban diminta untuk mendapatkan kelulusan bagi kerja-kerja pengubahsuaian bagi menjaga aspek keselamatan dan mengelakkan gangguan ketenteraman awam yang boleh mencetuskan sensitiviti warga bandar raya yang berbilang kaum.
"Segala tindakan yang diambil adalah bertujuan bagi mensejahterakan keharmonian warga bandar raya.
"Sebarang aduan, pertanyaan dan cadangan boleh hubungi Majlis Bandaraya Seremban di talian 06-7654333 atau 7654444 atau kemukakan terus melalui SISPAA MBS mbseremban.spab.gov.my," katanya.
Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan, meskipun sudah lebih setahun berlalu, sepasang suami isteri di taman berkenaan masih terpaksa menanggung resah dek kerja-kerja pengubahsuaian rumah jirannya yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Jelas pasangan itu, pihaknya difahamkan mahkamah telah pun mengeluarkan arahan supaya pemilik merobohkan struktur tambahan itu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 12 2023

Pemilik sebuah rumah di Taman Surian, Mantin di sini yang melakukan kerja ubah suai kediaman tanpa kelulusan telah dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Seremban sebelum ini. - Gambar Sinar Harian

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Dua ekor lembu golek hidangan istimewa 'Iftar on the road'
Lembu golek jadi menu istimewa berbuka puasa kepada pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, Kepala Batas sempena program 'Iftar on the road.'
Mark Carney angkat sumpah sebagai PM baharu Kanada
Ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam politik, Mark Carney, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada Jumaat.

Palestin tegaskan penyelesaian dua negara demi keamanan
Penyelesaian mesti membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Terdapat peningkatan membimbangkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan terhadap kebencian dan diskriminasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.
70 calon bakal berentap dalam CEC DAP
Sebanyak 70 calon akan berentap merebut 30 tempat dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang akan berlangsung pada Ahad di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, Selangor.
Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Ketua kumpulan militan Daesh di Iraq telah terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh Pasukan Perisikan Kebangsaan Iraq dengan kerjasama tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat.
AS isytihar Duta Afrika Selatan Persona Non Grata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengisytiharkan Duta Afrika Selatan ke A.S, Ebrahim Rasool sebagai persona non grata, pada Jumaat.

Anda kini boleh kongsi lokasi sendiri dengan pengguna lain melalui Google Find My Device
Google Find My Device kini berfungsi seperti Apple Find My, membolehkan pengguna Android menjadi nod carian untuk peranti atau objek pengguna lain.

Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Suspek yang terbunuh dikenal pasti sebagai Abdallah Maki Mosleh al-Rifai atau lebih dikenali sebagai "Abu Khadija."

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Ubah suai rumah ala kuil: Pemilik telah didakwa di mahkamah
Pendakwaan terhadap pemilik kediaman itu dilakukan mengikut Peruntukan Seksyen 70(13) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

MPAJ keluar 62 notis ubah suai rumah flat tanpa kebenaran
Ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.

KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.

Bekas pengurus kanan GLC ditahan terima suapan RM170,000
Suspek lelaki berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Seorang lagi suspek penipuan ubah suai dalaman rumah ditahan
Sebelum ini suspek merupakan saksi kepada kes ini namun hasil siasatan mendapati dia bertindak sebagai pemilik akaun bagi penipuan itu.

Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah
Ia melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550.

"Nyawa kome aku ambik, ingat!" si tanggang ugut ibu kerana duit
Suspek berusia 48 tahun menumbuk dan mengugut untuk membunuh ibunya selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM40,000.