KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita hari ini selepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pengubahsuaian dalaman rumah, pembelian perabot dan barangan elektrik dengan melibatkan kerugian RM84,550.
Ini menjadikan keseluruhan tiga individu ditahan polis berkaitan penipuan itu.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata wanita tempatan berusia 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 5.30 petang pada Khamis selepas hadir memberikan keterangan berhubung kes berkenaan.
"Sebelum ini suspek (wanita) merupakan saksi kepada siasatan kes ini namun hasil siasatan mendapati suspek bertindak sebagai pemilik akaun bagi penipuan itu.
"Suspek bersama dua lagi individu yang ditahan sebelum ini akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya kepada Bernama semalam.
Pada 5 Nov lepas, polis menahan dua lelaki masing-masing warga Singapura dan Bangladesh selepas disyaki menipu pengubahsuaian dalaman rumah, pembelian perabot dan barangan elektrik itu yang melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara.
BACA: Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah
Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP D.Saralathan berkata pihaknya sedang mengesan sekumpulan individu disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Genting Klang, di sini, pada Khamis, dengan video kejadian itu tular menerusi media sosial.
Beliau berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu daripada seorang orang awam yang berada di lokasi kejadian dan siasatan mengenainya dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
"Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video tersebut kerana boleh mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan.
Saralathan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas hadir memberikan keterangan. - Gambar hiasan
2 penguat kuasa SPRM disyaki terima rasuah direman lima hari
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota penguat kuasanya kerana disyaki menerima wang rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan memiliki dadah.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Ikuti lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Asyraf Malik dari Putrajaya mengenai siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
[TERKINI] Kekejaman Zionis: 8 Petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara di Gaza
Malam yang penuh tragedi di Gaza apabila serangan udara oleh tentera Israel mengorbankan lapan petugas kemanusiaan MAPIM yang sedang mendirikan khemah untuk keluarga pelarian.
Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby, mengutuk serangan ini sebagai jenayah perang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby, mengutuk serangan ini sebagai jenayah perang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

CIMB senaraikan 29 lokasi ATM pengeluaran wang kertas RM10 untuk duit raya
Pengeluaran wang kertas boleh dilakukan bermula hari ini 17 Mac sehingga 31 Mac 2025.

Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai
Rusia akan berkeras untuk menyediakan jaminan keselamatan bagi memeterai perjanjian damai, termasuk status neutral Ukraine dan penolakan penyertaannya dalam NATO.

Insiden tampar lelaki kerana makan di bulan Ramadan satu provokasi - Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang menegaskan tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Studio filem milik pengarah 'Avengers: Endgame' guna AI bantu artis berkarya
Russo bersaudara mendedahkan mereka sedang menguji bagaimana AI boleh digunakan untuk membantu artis.

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat
Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang.

Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
MAPIM menggesa rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara di Gaza.

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Ubah suai rumah ala kuil: Pemilik telah didakwa di mahkamah
Pendakwaan terhadap pemilik kediaman itu dilakukan mengikut Peruntukan Seksyen 70(13) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

MPAJ keluar 62 notis ubah suai rumah flat tanpa kebenaran
Ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.

KPKT laksana program mentor mentee PBT
Melalui program itu, PBT yang berjaya akan membimbing PBT lain dari aspek pendapatan dan kewangan.

Bekas pengurus kanan GLC ditahan terima suapan RM170,000
Suspek lelaki berusia 51 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Seorang lagi suspek penipuan ubah suai dalaman rumah ditahan
Sebelum ini suspek merupakan saksi kepada kes ini namun hasil siasatan mendapati dia bertindak sebagai pemilik akaun bagi penipuan itu.

Dua lelaki ditahan disyaki tipu ubah suai rumah
Ia melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550.

"Nyawa kome aku ambik, ingat!" si tanggang ugut ibu kerana duit
Suspek berusia 48 tahun menumbuk dan mengugut untuk membunuh ibunya selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM40,000.