1. Malaysia berduka, kutuk pembunuhan Yahya Sinwar oleh Israel - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kedukaan selepas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar meninggal dunia akibat dibunuh rejim zionis Israel, pada Khamis lalu.
2. “Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada negara-negara kecil supaya mengambil tahu mengenai situasi yang berlaku di Asia Barat.
3. Kadar gaji minimum RM1,700 terpakai untuk pekerja asing
Perintah Gaji Minimum (PGM) sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa Februari tahun depan terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.
4. Baiki kemudahan tandas, wad diberikan tumpuan segera - Dr Dzulkefly
Pembaikan tandas hospital dan wad pesakit yang uzur akan diberikan tumpuan segera menerusi peruntukan Belanjawan 2025, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
5. Belanjawan 2025 penuhi keperluan semua segmen pelajar - Fadhlina
Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025 disifatkan sebagai memenuhi keperluan semua segmen pelajar dan mampu mengangkat martabat rakyat melalui pendidikan.
6. Bekas Yang Dipertua Dewan Negara G.Vadiveloo meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri G. Vadiveloo meninggal dunia pada 11.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
7. PM Anwar mahu rakyat sehingga akar umbi nikmati inisiatif dalam Belanjawan 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat sehingga peringkat akar umbi terutama golongan miskin dan miskin tegar dapat menikmati pelbagai inisiatif yang disediakan dalam Belanjawan 2025.
8. Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Sabah mampu dibangunkan dengan baik secara bersama apabila tiada ketirisan berlaku terutama dalam pelbagai bentuk bantuan dan projek pembangunan yang disalurkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. GISB: Anak sulung 'Abuya' tunjuk lokasi kurungan di Batu Hampar esok - Razarudin
Anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah, akan menunjukkan lokasi di mana dia didakwa dikurung selama kira-kira sebulan.
10. Sarawak ada kemampuan, mahu jadi 'ASEAN Powerhouse' untuk tenaga bersih - Abang Johari
Sarawak berhasrat untuk menjadi kuasa besar ASEAN dalam sektor pembekalan tenaga elektrik, selepas mengambil kira kemampuannya mengeluarkan tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen dan solar apung.