Sebaliknya, bekas pengendali Sporting CP itu percaya bahawa anak buahnya terlampau berfikir panjang sepanjang aksi berlangsung.
Seawal minit kedua Marcus Rashford membuka tirai jaringan yang menandakan era baharu jurulatih dari Portugal itu bakal membawa keajaiban.
Namun, Omari Hutchinson menjadi wira skuad tuan rumah untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1.
"Pemain terlalu banyak berfikir dan kurang menumpukan sepenuh perhatian ketika permainan berlangsung.
"Separuh masa pertama menyaksikan beberapa pertembungan fizikal dan mempunyai aksi satu lawan satu tetapi sukar untuk menangani masalah tersebut.
"Kami kerap kehilangan bola meskipun tanpa tekanan daripada Ipswich Town.
"Sebagai seorang pemain, mereka harus mengetahui cara mengawal bola dan mengekalkan tempo permainan," luahnya kepada media antarabangsa selepas perlawanan.