RUBEN Amorim mengakui walaupun beberapa bulan pertamanya di Manchester United adalah sukar tetapi dia beranggapan pasukannya itu juga adalah yang 'paling istimewa' menjelang perlawanan terakhir berdepan FCSB, awal pagi esok.

Amorim menggantikan Erik Ten Hag pada awal November, dengan dia kini masih bergelut untuk menawan hati penyokong dan kini sedang menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Jurulatih berusia 40 tahun itu mengalami kekalahan dalam 11 perlawanan liga pertamanya di Old Trafford dan merupakan permulaan buruk buat pengendali kelab itu sejak 1932.


The Red Devils kini diambang mengesahkan kelayakan automatik ke psuingan kalah mata dalam kempen Liga Eropah (UEL), selain mara ke pusingan keempat saingan Piala FA selepas menewaskan Arsenal menerusi sepakan penalty awal bulan ini.

"Ya  (keadaan agak sukar) tetapi mereka juga yang paling istimewa," katanya kepada TNT Brasil, melalui ESPN.

"Saya tahu bahawa ia akan menjadi pengembaraan yang menarik. Saya tahu ia akan menjadi sukar kerana semua orang tahu jadual yang kami ada serta kekurangan masa.


"Kami turut mempunyai gambaran mengenai cabaran yang akan kami tempuhi, jelas sekali dengan beberapa kekalahan ia akan menjadi lebih rumit." katanya.

Untuk rekod, United tidak pernah kalah dalam enam aksi terakhir peringkat kumpulan UEL (menang 4 seri 2) sejak 2019. - Stadium Astro