ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Ogos 2024.


1. Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok

Bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.



2. Maut dilanggar ketika tunggu bantuan

Seorang lelaki maut dilanggar ketika sedang menunggu bantuan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 258.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada Isnin.


3. Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Pengerusi KWSP yang baharu, berkuat kuasa 1 September 2024.


4. Hantar gambar payudara pada Ebit Lew, saksi mengaku tidak curang

Pengadu berkata dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.


5. Tanah jerlus Masjid India: 'Keluarga mahu tatap wajah mangsa’

Ahli keluarga wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini berharap dapat menatap wajah mangsa.


6. Prasarana sahkan berlaku serangan siber, sistem dalaman digodam

Satu pasukan keselamatan siber telah mengenal pasti dan sedang menangani insiden tersebut, yang melibatkan akses tanpa kebenaran.


7. Dakwaan 'gua kosong' bawah KL: Tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal berkhidmat di UM 

Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan terdapat ahli geologi bernama Dr Sarah Jamal berkhidmat di universiti berkenaan.


8. Tanah jerlus Masjid India: Teknik 'jetting' diguna selepas kesan objek tersekat di lurang Wisma Yakin 

Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang hilang selepas terjerlus di Jalan Masjid India, menggunakan teknik 'jetting' atau semburan bertekanan air tinggi di lurang kumbahan berhampiran bangunan Wisma Yakin.


9. Lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng, berparang 

Seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru 


10. Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar 

Grab tidak terlibat dalam surat terbuka Asia Internet Coalition (AIC) yang mencadangkan kerajaan mempertimbang pelaksanaan kerangka kawal selia bagi perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.