Bagi memperkukuh pertukaran petugas antara China dan negara lain, China memutuskan untuk memperluas peraturan visa percuma kepada lebih banyak negara, kata jurucakap Lin Jian.
Menurut beliau, mulai 30 Nov 2024 hingga 31 Dis 2025, pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Selain itu, Lin memaklumkan China akan mengoptimumkan lagi dasar pengecualian visanya, termasuk memperluaskan tujuan kemasukan tanpa visa kepada pertukaran dan lawatan, serta memanjangkan tempoh tinggal bebas visa daripada 15 hari kepada 30 hari.
Mulai 30 Nov 2024, pemegang pasport biasa dari 38 negara yang tersenarai dalam peraturan visa percuma, termasuk sembilan negara yang baru disenaraikan, boleh memasuki China tanpa memohon visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga, pertukaran dan transit, dengan tempoh tinggal tidak melebihi 30 hari, kata Lin. - BERNAMA